Header Ads

SARAPAN DIM SUM ISTIMEWA BAYVIEW CAFE BAYU MARINA RESORT JOHOR BAHRU


Selalu saja orang merungut bila makan di hotel kerana menunya seakan-akan sama sahaja di mana-mana. Pun begitu, ada sesetengah hotel menawarkan sedikit kelainan buat pengujung mereka. Jom kita lihat apa kelainan yang ditawarkan di Bayview Cafe Bayu Marina Resort.

Buat mereka yang tercari-cari di mana nak mendapatkan sarapan pagi Dim Sum yang halal, pastinya Bayu Marina Hotel Johor Baharu adalah lokasi yang boleh kami cadangkan. Dibuka seawal jam tujuh pagi sehingga 10.30 malam, Bayview Cafe turut menyajikan hidangan tempatan dan antarabangsa, bermula dari masakan Melayu, Cina dan barat.


Di samping menikmati sarapan pagi yang enak, pengunjung turut dapat menikmati panorama indah berlatarkan pemandangan luas di sekitar Bayu Marina Resort kerana restoran ini berada di tingkat atas hotel.

Bayview Cafe@Bayu Marina Resort
Jalan Bayu Puteri 2/1, Taman Bayu Puteri, 80150, Johor Bahru,  Johor.
T: 07-3405555 
Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.