Header Ads

KUALA LUMPUR CITY GALLERY PAMER KL 360 DARJAH!


Andai berjalan di sekitar Dataran Merdeka sambil memotret bangunan bersejarah di sekitarnya, mata anda pasti tertumpu pada satu struktur simbolik  steele terbesar yang tertera dengan ungkapan berwarna merah ‘I LOVE KL’. Jangan tak tahu kerana di situlah berdirinya bangunan Kuala Lumpur City Gallery.

Kuala Lumpur City Gallery menceritakan kisah Kuala Lumpur melalui gambar, cetakan dan seni bina miniatur. Galeri yang terletak di Dataran Merdeka ini menerima kunjungan kira-kira 2000 pelancong antarabangsa secara purata pada setiap hari. Justeru itu, maka tidak hairanlah ia menjadi 10 tarikan utama yang mesti kunjung ketika di Kuala Lumpur.


Sebagai Pusat Maklumat Rasmi Pelancong Kuala Lumpur, para pengunjung turut boleh mendapatkan ‘KL Walks & Tours Map’ yang mengandungi fakta dan sejarah terperinci serta maklumat mengenai lokasi makanan enak, penginapan menarik serta tarikan yang ada di sekitar ibu kota.


Apa yang menarik, galeri ini merupakan bangunan di mana terletaknya ARCH Kuala Lumpur, kedai hadiah  koleksi terbesar berkualiti muzium dibuat di Malaysia. Tambahan pula, koleksi-koleksi cenderamata ARCH telah diangkat oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai Cenderamata Rasmi Kuala Lumpur.


Bukan itu sahaja, para pelancong yang mengunjungi galeri ini berpeluang untuk melihat sendiri seni pembuatan halus ARCH yang dicantum sehingga menjadi sebuah karya yang mengagumkan. Paling menyeronokkan, tiada sebarang bayaran masuk dikenakan buat mereka yang ingin berkunjung ke galeri ini.

KUALA LUMPUR CITY GALLERY
27, Jalan Raja, Dataran Merdeka, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia.
T  + 603 2698 3333
FB  www.facebook.com/kualalumpurcitygallery
Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.