Header Ads

JERUK BUAH CERMAI PULAU LANGKAWI


Buah cermai sememangnya enak kerana rasanya yang masam. Tambah nikmat apabila buah ini disajikan bersama kicap pedas dan gula halus. Rasanya masam-masam manis. Untuk membuat jeruk cermai tidaklah sukar. Tekniknya sama seperti membuat jeruk yang lain.

Penulis sempat untuk merasai keenakan jeruk cermai ketika menginap di resort Frangipani yang terletak di Jalan Teluk Baru Pantai Tengah. Jom pelajari cara membuat jeruk buah cermai versi Langkawi:-

Bahan-bahan:

·         1000 gm buah cermai.
·         2 sudu teh garam kasar.
·         2 cawan gula pasir.
·         1 cawan air.
·         4 sudu besar gula pasir ditabur atas jeruk.

Cara membuatnya:
  • Cuci bersih buah cermai , toskan dan masukkan ke dalam bekas boleh ditutup setelah  ditaburkan garam.
  • Gaulkan buah cermai dan garam agar sekata.
  • Kemudian, setelah  diperap selama semalaman, cuci buah cermai dengan air bersih dan toskan.
  • Masak gula pasir dengan air hingga gula hancur dan mendidih.
  • Setelah air gula sejuk, masukkan buah cermai ke dalam bekas dan tuangkan air gula ke dalam bekas. 
Nak menang hadiah? Jom sertai Mini Giveaway Januari 2015 by Syira Lokman (Klik di sini :) 
Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.