Header Ads

INAPAN SELESA PINETREE HOTEL BATU PAHAT


Buat mereka yang bertandang ke lokasi yang terkenal dengan sajian Nasi Beriani Gam Johor ini, pastinya inapan yang ideal menjadi pilihan. Tambahan pula jika harga inapan yang dikenakan murah dan berbaloi. Pinetree Hotel Batu Pahat berdiri gah di jalan utama dari arah Yong Peng ke Jalan Bukit Pasir. Lokasi strategik ini menjadikan  hotel ini sebagai sebuah tempat ideal buat mereka yang ingin mencari kemudahan inapan di sekitar daerah ini.

Memasuki ruang lobi, pengunjung pasti menyedari hiasan ruangan menyambut tetamu berupa susunan potongan kayu balak yang menjadi identiti unik hotel ini. Buat tetamu yang bertandang lewat malam, mereka tidak perlu risau kerana hotel ini sedia menerima kehadiran tetamu 24 jam sehari.



Terdapat tiga kategori inapan yang ditawarkan iaitu Superior, Deluxe dan Family  Room dengan harga yang amat berpatutan. Antara fasiliti yang disediakan oleh pihak hotel ialah khidmat WiFI di ruang inapan dan hotel, TV, penghawa dingin, dan mini bar. Pengunjung juga boleh menikmati sepenuhnya kemudahan tempat letak kereta percuma, surat khabar harian dan peti simpanan keselamatan elektronik di dalam bilik.



Buat mereka yang suka memanjakan diri dengan terapi spa, ‘Pinetree Hotel Massage & Reflexology Center’ yang baru sahaja dibuka pastinya merupakan berita baik buat anda. Menariknya, kesemua pakej yang disediakan seperti ‘foot massage’, ‘body massage’ dan ‘ear candling’ dapat dinikmati dengan harga bawah RM100.



Meskipun Batu Bahat terkenal dengan asam pedas dan hidangan nasi beriani gam, sekali-sekala tentu nak beralih selera untuk menikmati hidangan barat. Apa yang boleh penulis katakan, seleksi hidangan Aglio Olio, Chicken Meatloaf Carbonara dan Smoked Salmon Salad adalah antara puluhan menu yang wajib dicuba.



Jangan terkejut kerana harga yang ditawarkan untuk setiap satu hidangan amat berpatutan bermula dari RM9.90 hingga 12.90, atau anda boleh memilih hidangan ‘Daily Special’ yang menawarkan hidangan utama, air bersama pencuci mulut. Restoran ini mula dibuka pada jam 12 tengah hari hingga 10 malam.

Pinetree Hotel 
No 36, Jalan Mengkudu , 83000 Batu Pahat, Johor.
T: 07-4319933 W: http://pinetreehotel.com/



Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.