Header Ads

EVOLUSI TUK TUK FACTORY


Kenderaan e-Tuk dihasilkan oleh Tuk Tuk Factory. Bertemakan “Fun & Friendly Electric Vehicles”, ia direka mengikut kesesuaian kehendak pelanggan sama ada dalam memaksimakan pengguaan ruang, penumpang, tarikan pelancongan mahupun autonomi. Kenderaan e-Tuk kini mula digunakan secara meluas alat pengangkutan di tempat-tempat rekreasi, taman tema, tepi pantai dan buat para VIP. 



Menariknya, kenderaan elektrik ini dikatakan turut tampil dengan kos penyelenggaraan dan bahan api yang minima. Malah, penggunaan kos elektrik sejauh 80 kilometer dalam sehari sehari dikatakan kurang daripada penggunaan petrol bulanan sedia kala.

Dari sudut pemilihan warna dan tema, pelanggan bebas untuk memilih sendiri rekaan yang mereka inginkan. Lantas ia menjadikan setiap kenderaan ini unik dan mempunyai identiti yang tersendiri. Untuk menambahkan lagi keunikannya, setiap tuk-tuk mempunyai nama samaran yang menggambarkan personaliti kenderaan itu sendiri seperti 'El Ferrarino', 'Seahorse', 'Kinky’ dan banyak lagi.



Trend Terbaru Dunia Pelancongan

“Pada permulaannya, kenderaan ini dicipta bagi kegunaan di jalan raya. Namun disebabkan keunikan bentuk dan rekaannya yang eksotik, ia kini menjadi tumpuan para pengusaha resort premium bagi menggantikan kenderaan tradisional yang biasa digunakan,” ujar Ronald Vos, Ketua Pegawai Eksekutif Tuk Tuk Factory.

“Kenderaan elektrik amat popular buat sektor pelancongan. Kebanyakkan pelanggan kami mendambakan kenderaan yang senyap, sifar pencemaran, kondusif, dan yang paling penting seronok untuk digunakan. Dengan ini, saya percaya bahawa e-Tuk bakal menghiasi resort-resort mewah di serata dunia dalam masa terdekat,” tambah beliau.



Resort Anantara´s The Palm di Dubai misalnya telah mula menggunakan 20 kenderaan elektrik yang dikenali sebagai 'e-Tuk' bagi menggantikan kenderaan golf/buggy yang lazimnya digunakan sebagai alat pengangkutan di dalam resort.

“E-Tuk adalah satu nilai tambah yang amat sesuai buat inapan kami yang bertemakan resort Thai. Bukan sahaja penggunaan e-Tuk Limo berkapasiti enam penumpang buat buat para tetamu kami, malah e-Tuk Vendo dan e-Tuk Cargo juga turut ditempat bagi kegunaan dapur dan housekeeping, ” kata Pengurus Residen Resort, James Hewitson.



Tanggal 24 April 2013 yang lalu, Tuk-Tuk Factory telah melancarkan kenderaan terbarunya yang diberi nama e-Tuk Vendo. Uniknya, e-Tuk Vendo adalah kenderaan vendor bergerak pertama yang menggunakan 100% kuasa elektrik. Pelanggan pertama mereka iaitu “Toeti Froeti” telah menggunakan kenderaan ini untuk menjual shake buah-buahan.

Tuk Tuk Factory juga tampil dengan empat rekaan e-Tuk yang terdiri daripada e-Tuk Limo, Classico, Cargo dan Vendo. Kenderaan e-Tuk juga didatangkan dengan ruang yang besar untuk iklan. Lantas, ia menarik minat banyak pihak untuk beralih kepada kenderaan mesra alam ini.

Sejarah Tuk-Tuk

Kenderaan beroda tiga ini diberi nama tuk-tuk oleh para pelancong terdahulu dek kerana bunyi enjinnya yang mengeluarkan bunyi “tuk, tuk, tuk”. 

Lazimnya, tuk-tuk dibina berasaskan model  Piaggio Ape atau Daihatsu Midget. Kini, Bajaj Auto di India menjadi syarikat pengeluar tuk-tuk terbesar di dunia. Tuk-tuk amat popular di beberapa bandar raya yang mengalami masalah kesesakan jalan raya yang teruk, seperti di Bangkok dan India


Tuk-tuk tradisional biasanya dibuat menggunakan keluli. Rangkanya yang kukuh turut berperanan sebagai badan utama kenderaan beroda tiga ini. Bahagian hadapan hanya memuatkan kerusi pemandu sahaja manakala tempat duduk belakang pula boleh memuatkan sekurang-kurangnya tiga penumpang.

Di Thailand pula, tuk-tuk yang juga dikenali dengan nama “Samlaw” merupakan kenderaan terpenting buat industri pelancongan Thailand. Kebanyakkan pelancong yang melawat Thailand gemar menaiki kenderaan beroda tiga ini. Ia adalah dek kerana keunikan dan kemudahan kenderaan itu untuk bergerak dan menyelit di lorong-lorong kecil dan sesak.
Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.