Header Ads

DIM SUM DUMPLING UDANG KUKUS ISTIMEWA


Meskipun Dim Sum bukanlah masakan Melayu, ramai yang menggemarinya. Dim Sum enak dinikmati bersama teh dan pastinya menepati selera sesiapa sahaja. Bukan sahaja mengenyangkan, bahkan menyelerakan. 

Hari ini, E.L.F ingin berkongsi bagaimana caranya untuk membuat Dumpling Udang Kukus. Selain menggunakan udang, dumpling yang merupakan salah satu elemen yang dihidangkan dalam set Dim Sum ini juga boleh digantikan dengan bahan-bahan lain seperti ayam atau isi ikan mengikut selera anda. 

Cara pembuatan dumpling sebenarnya tidaklah sukar. Langkah utama ialah dengan menyediakan inti dan juga doh untuk membalut sebelum dikukus. Cabarannya cuma adalah ketika membalut kulit dumpling agar kemas dan sekata.

Bahan-bahan:
500 gram udang segar.

Bahan A

10 gram garam.
20 gram gula.
5 gram serbuk ayam.
20 gram minyak bijan.
1/3 sudu kecil lada.
15 gram tepung ubi kentang.

Bahan B

50 gram tepung ubi.
100 gram tepung gandum.
50 gram tepung ubi kentang.
10 gram softening.
200 gram air panas.




Cara Membuat:

(1) Bersihkan udang dan keringkan, campurkan dengan bahan A, kemudian masukkan dalam peti sejuk selama 30 minit. (2) Panaskan air dan masukkan bahan B, uli campuran tepung selama 5 minit. (3) Ratakan doh, masukkan udang dan balut. (4) Stim dumpling selama 5 minit. (5) Siap untuk dihidangkan bersama sos cili dan sos manis (soya). 

Tip

Semasa mengukus, dumpling akan cepat melekat kepada tempat pengukus. Untuk mengelakkan ini berlaku, hirisan lobak merah boleh dijadikan sebagai alas kepada dumpling. 

Nak menang hadiah? Jom sertai Mini Giveaway Januari 2015 by Syira Lokman (Klik di sini :) 

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.