Header Ads

DESSERT AISKRIM VANILA TEMBIKAI SAGU ISTIMEWA


Selalunya, penulis sering menyangka bahawa hidangan pencuci mulut yang sedap tentu susah untuk dibuat. Namun, rupa-rupanya ada hidangan yang amat senang dan mudah untuk disediakan. Bukan itu sahaja rasanya juga enak. Yang paling penting, Aiskrim Vanila Tembikai Sagu Istimewa ini boleh dihidangkan bila-bila masa ketika tetamu bertandang.

Rasanya lemak berkrim, ditambah dengan sagu dan aiskrim vanilla pastinya memberikan sensasi yang menyegarkan buat mereka yang sukakan manisan. Untuk aiskrim vanilla, penulis mencadangkan pembaca untuk menggunakan jenama King's manakala susu pula menggunakan Dutch Lady Full Cream Milk.

Bahan-bahan:

  1. 1 liter aiskrim vanila.
  2. 150 gram tembikai.
  3. 150gram tembikai susu.
  4. 150 gram sagu.
  5. 50 ml susu segar.

Cara Penyediaan:

  1. Rebus ragu sehingga  kembang seakan-akan kristal, masukkan dalam air sejuk dan toskan.
  2. Potong tembikai dan tembikai susu dalam bentuk kiub. 
  3. Masukkan kesemua bahan dan gaulkan. 
  4. Siap untuk dinikmati. 

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.