Header Ads

Adaptasi Villa Air Indah Kepulauan Bali Di Grand Lexis Port Dickson


Desiran ombak laut memukul pantai dinikmati bermula dari sudut dalam kamar, bersatu dengan keharmonian suasana senja atau terbit mentari yang mendamaikan, itulah keistimewaan Grand Lexis Port Dickson.

Dahulunya, resort mewah bertaraf 5 bintang ini dikenali dengan nama Legend International Water Homes. Apa yang boleh penulis simpulkan, Grand Lexis PD boleh diklasifikasikan sebagai diantara resort atas air terbaik yang ada di Malaysia.

Apa yang menariknya, kemewahan dan keselesaan yang ditawarkan di sini tiada tolok bandingannya. Bahkan, setiap unit villa menawarkan kemudahan kolam renang peribadi, sesuai buat mereka yang inginkan suasana santai dalam bentuk privasi.


Sebagai sebuah lokasi percutian unggul yang sempurna buat pasangan romantis, keluarga, bersama teman mahupun ahli korporat, resort ini menyediakan seleksi 249 buah villa yang dilengkapi dengan kemudahan moden.

Terdiri daripada Water Villas, Gardens Villas dan Sky Pool Villas, resort ini menyediakan suasana selesa buat mereka yang ingin lari daripada kesibukan kota. Dikelilingi dengan pemandangan lautan membiru, suasana sebegini pasti memberikan pengalaman yang unik yang tidak mampu dipadamkan dalam ingatan si penginap.

Buat penggemar kulinari, Restoran Ritz pasti akan memenuhi cita rasa pengujung dengan seleksi hidangan juadah tempatan mahupun antarabangsa. Sama ada hidangan bufet atau ala carte, ia pasti membuka selera sesiapa sahaja.



Kedudukannya yang strategik juga membolehkan anda untuk mengakses ke mana-mana tarikan pelancongan Negeri Sembilan. Muzium Negeri, Kompleks Kraftangan Kebudayaan, Pantai Teluk Kemang, Sungai Linggi Firefly Santuary, namakan sahaja, tetamu yang bertandang ke Grand Lexis pasti dapat menerokai bandar Port Dickson dengan mudah.

Grand Lexis PD boleh diakses menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Port Dickson- Seremban, purata masa perjalanan dari Kuala Lumpur adalah sekitar 75 minit. Resort ini terletak berhampiran bandar Lukut, dimana jarak perjalanan ke ke bandar Port Dickson hanyalah sekitar dua kilometer.

Grand Lexis Port Dickson
Batu 2, Jalan Seremban,  
71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

T: 06-653 2000 W: http://www.grandlexispd.com/
Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.