Header Ads

10 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU MENGINAP DI FRASER PLACE KUALA LUMPUR


Tampil lain dari yang lain, konsep apartmen hotel mula menjadi trend terbaru pilihan masa kini. Bukan sahaja menjadi inapan buat tetamu yang tinggal untuk jangka masa panjang, Fraser Place kini mengorak langkah untuk memenuhi impian mereka yang ingin menikmati pengalaman unik serviced apartment. Berikut adalah 10 sebab mengapa anda harus berkunjung Fraser Place Kuala Lumpur :- 



1# Di mana panorama memukau Kuala Lumpur itu berada... 
Fraser Place menjanjikan satu peluang buat para tetamunya menikmati pesona keindahan bandar raya metropolitan yang tersergam indah. Menikmati keindahan memukau yang dilatari mercu tanda seperti Menara KL dan Menara Berkembar Petronas pasti menjadi suatu pengalaman unik.



2# Gaya hidup urban dan moden... 
Suasana siangnya meriah dek kesibukan kehidupan warga kota. Tatkala malam menjelma, suasana berubah menjadi bandar bercahaya yang disulami gaya kehidupan masa kini. Bagi penulis, suasana sebegini sesuai buat mereka yang gemarkan aktiviti dan bersosial. Hanya dengan 5 minit berjalan kaki dari Fraser Place, anda pasti akan terkejut melihat Menara Berkembar Petronas dan membeli belah di Suria KLCC berada betul-betul di hadapan mata anda.



3# Kulinari menyegarkan dengan pelbagai pilihan menu... 
Fraser Place Kuala Lumpur terletak di lokasi syurga makanan yang menjanjikan pelbagai hidangan tempatan dan luar pasti memikat selera. Penulis sempat meninjau kawasan sekeliling Fraser Place mendapati banyak restoran Jepun, Barat dan juga kulinari Asia beroperasi di sini.



4# Cita rasa dan gaya disatukan di bawah satu bumbung adalah kekuatan yang ditonjolkan oleh apartmen hotel ini. Boleh dikatakan sebaik sahaja anda mula melangkah masuk ke sini, anda akan merasai sendiri perbezaannya. Sejurus check in, boleh dikatakan semua servis yang disediakan adalah percuma. Kemudahan wi-fi, bilik sauna, dan juga kelengkapan permainan Nintendo Wii dan Xbox disediakan secara percuma buat tetamu yang menginap. Semua ini boleh didapati di tingkat 18, Fraser Place.



5# Rekaan mempersonakan dilengkapi kemudahan yang menggoda pasti menarik minat para tetamu untuk menghabiskan kebanyakan masa berkualiti di sini. Penataan ruang dalam apartment berkonsepkan moden kontemporari memberikan penampilan ekslusif dan bergaya.



6# Tidur lena  di tengah kota bukankah satu pengalaman unik? 
Bagaikan tidak percaya keselesaan sebegini mampu dikecapi meskipun berada di tengah-tengah kota. Bantal empuk, tilam yang tebal, penghawa dingin yang senyap serta suasana sunyi seperti ini membuatkan sesiapa sahaja tidur lena, penulis pun sempat merasai pengalaman sebegini!


7# Suasana kediaman di tempat penginapan...
Suasana unik di mana setiap para tetamu tidak akan berasa terasing meskipun berada jauh dari rumah. Penulis percaya konsep ‘serviced apartment’ yang dipraktikkan telah menyuntik elemen peribadi, privasi dan santai.
“Kebanyakkan tetamu yang menginap di Fraser Place merupakan tetamu yang menginap dalam tempoh yang melebihi sebulan. Justeru itu, pelbagai kemudahan kami sediakan bagi memenuhi segala keperluan mereka seperti gim yang berfungsi 24 jam, dobi layan diri yang hanya mengenakan bayaran sebanyak RM8, kopi percuma, bilik sauna, kolam renang, tv dengan 29 pilihan siaran, iPod dock dan kemudahan dapur, yang mana hanya akan mereka dapati di Fraser Place” – Fraser Place Kuala Lumpur.

8# Pilihan utama buat tetamu yang inginkan inapan dalam tempoh yang lama.. 
Buat mereka yang masih lagi tercari-cari penginapan untuk tempoh yang lama di Kuala Lumpur, Fraser Place adalah jawapan yang tepat untuk anda. Bersesuaian dengan konsep yang diketengahkan, anda pasti menyukai penginapan sebegini terutamanya mereka yang berada di bidang korporat. 



9# Persinggahan ideal setelah seharian menjalani aktiviti rutin... 
Ahli perniagaan, penggemar beli-belah, pasangan bercinta atau sesiapa sehaja, semua pasti akan menggemari servis yang ditawarkan di sini. Penulis beranggapan kedudukan strategik Fraser Place yang berhampiran dengan Suria KLCC dan Bukit Bintang menjadikannya satu pilihan yang tepat buat para pengunjung.



10# Harga berpatutan, kepuasan berpanjangan... 
Pada pendapat penulis, kemudahan yang disediakan Fraser Place setimpal dengan servis yang diberikan. Penulis percaya, jika merasai sendiri pengalaman berada di sini, anda pasti akan kembali lagi.  


Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi:

Fraser Place Kuala Lumpur

T: +(6) 03 2118 6288 F: +(6) 03 2118 6388 E: reservations.kualalumpur@fraserhospitality.com 
W: http://kualalumpur.fraserhospitality.com



Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.