Header Ads

WORLD OF SPORTS : PLAY YOUR GAME


Masih teringat saat memakai kasut jenama tidak pernah didengar orang sebelum ini. Baru dua atau tiga kali digunakan untuk berjoging, tapak sudah menunjukkan tanda-tanda akan tertanggal. Penulis nekad, selepas ini jika ingin membeli produk sukan, pastikan ianya ada jenama yang dan berkualiti.


Langkah dihayun ke World Of Sports yang terletak di E-Curve Mutiara Damansara. World Of Sports merupakan kedai produk barangan sukan dan gaya hidup multi-jenama ternama di Malaysia. Konsep kedai ini terdiri hasil campuran pelbagai produk lengkap meliputi pelbagai aspek penggunaan.

Secara umumnya, World Of Sports menawarkan pelbagai pakaian bagi kategori sukan dan kasual, kasut larian, alatan sukan, beg berjenama yang menggunakan teknologi terkini. Tempat beli-belah ini amat sesuai bagi mereka yang mengikuti trend terkini di dalam fesyen serta buat mereka yang mementingkan keselesaan dan gaya ketika melakukan aktiviti outdoor.


Variasi item yang dijual merangkumi semua jenama outdoor yang terkenal. Antaranya, Columbia, TEVA, Salomon, Kean, Hi-Tec, Mizuno, Elle Active, Rollerblade, HEAD, DONIC, AND1, Spalding, Gola, Etnies, Birkenstock/Papillio, Thorlos, Sneaker Balls, Dakine, O’neil, World Industries, Spenco & Mountain Hardwear.

Ketibaan pembeli di sini pula pasti akan disambut dengan lemparan senyuman. Layanan mesra oleh kru yang bertugas mampu membantu anda dalam membuat pilihan dan khidmat nasihat bagi menjamin kesesuaian produk buat anda dengan aktiviti yang bakal dilakukan.


Semasa kunjungan penulis ke sini, penulis mendapati ada beberapa profesional sukan dan selebriti terkenal yang turut mendapatkan barangan kelengkapan mereka di butik World Of Sports. Ini membuktikan bahawa kualiti produk ditawarkan sememangnya diyakini dan bermutu tinggi.

Kini, rangkaian World Of Sports yang telah ditubuhkan secara francais telah berkembang kepada 20 butik di Singapura dan 15 buah kedai di Malaysia. World of Sports juga telah melebarkan sayapnya ke bandar Ho Chi Minh, Vietnam di mana tedapat enam buah kedai sedang beroperasi di sana. Keseluruhannya, terdapat  lebih daripada 41 outlet di seluruh Singapura, Malaysia & Vietnam.


Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.