Header Ads

TRAVEL TIPS : WATER TUBING, TREE CLIMBING & ONE ROPE SLEEPING


Water tubing merupakan satu aktiviti rekreasi di mana satu tunggangan individu di atas tiub. Tiub itu sendiri juga dikenali sebagai ‘donat’ atau ‘biskut’ kerana bentuk pelampung. Aktiviti ini amat mudah dimana hanya pelampung besar dan jaket keselamatan diperlukan.

Penggunaan helmet dan sarung tangan untuk tujuan keselamatan juga diperlukan andai melibatkan laluan ekstrim. Untuk melakukan water tubing, anda hanya perlu bijak mengawal dan mengimbangi pelampung di dalam air. Pastikan punggung anda berada di atas pelampung agar tidak tersangkut di celah batu!


Tree Climbing dilakukan dengan menggunakan pokok dan alatan memanjat seperti tali, harness dan knots.. Umumnya, aktiviti ini melibatkan dua disiplin iaitu memanjat dan turun kembali ke bawah.

Biarpun nampak seakan susah, tree climbing sebenarnya agak mudah untuk dilakukan. Aktiviti ini tidak memerlukan banyak tenaga dan merupakan cara paling santai dan paling mudah untuk memanjat pokok. Jangan lupa untuk mencubanya sendiri!


One Rope Sleeping/ Commando Sleep - Tidur tergantung di atas satu tali? Kali pertama mendengarnya terasa agak musykil. Namun, tiada apa yang mustahil untuk dilakukan andainya sedikit kreativiti dan idea digunakan. Teknik tidur di atas satu tali dilakukan dengan tidur secara mengiring dan satu kaki tersangkut di atas tali.

Untuk mendirikan ‘tilam bertali’ amat mudah sekali. Anda hanya memerlukan segulung tali dan dua batang pokok untuk mengikatnya. Pastikan ikatan dan tali yang digunakan benar-benar kuat dan utuh. Cara ini merupakan cara tidur yang berguna terutamanya ketika mendirikan kem pada musim hujan. Selamat tidur! 


Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.