Header Ads

TRAVEL TIPS: SENI TAWAR-MENAWAR THAILAND


Proses tawar menawar dilakukan di serata dunia. Selain barangan dan cenderamata, anda boleh turut mencuba bermain harga semasa sedang mendapatkan perkhidmatan teksi, servis dan tempat menginapan. Pastikan harga yang ditawarkan lebih murah dan berbaloi.

Begitu juga sempadan Thai memang sudah terkenal sebagai syurga beli-belah. Bermula daripada barangan berjenama hingga variasi produk tempatan seperti stainless steel, cadar, toto, buah laici segar dan kacang gajus goreng boleh didapati dengan mudah di sini.

Namun, telah menjadi kebiasaan kepada peniaga di sana meletakkan harga tinggi sebelum tawar-menawar berlaku. Dengan cara ini, mereka dapat mengaut keuntungan yang lebih. Semestinya tumpuan mereka bertumpu kepada pelancong asing terutamanya yang baru pertama kali ke sana.

Kegagalan tawar-menawar bukan sahaja merugikan, malah keseronokan dan kepuasan membeli-belah turut hilang. Tiada ada yang lebih mengecewakan apabila mendapati bahawa barangan dibeli jauh lebih murah berbanding sebelumnya.  Bagaimana nak berunding harga?

1 - Lakukan survey sebelum membeli
Perkara paling asas yang wajib dilakukan ialah anda perlu menyemak harga sebelum membeli.  Minta diskaun atau katakan bahawa anda mahu untuk menyemak harga di kedai lain. Pastikan peniaga menurunkan harga yang munasabah.

2 - Bandingkan harga antara kedai
Tambahan pula banyak produk mempunyai tanda harga yang membolehkan anda untuk membandingkan antara kedai-kedai. Elakkan tempat-tempat ‘hot spots’ yang menjadi tumpuan ramai pelancong.

3 - Minta bantuan pakar shopping
Lantik mereka yang ramah dan arif dengan teknik tawar menawar. Sebaiknya, bawa rakan atau pemandu pelancong yang fasih berbahasa Thai. Jika perlu, pelajari bahasa Thai kerana ia bukan sahaja mudah, malah menyeronokkan.

4 – Pujuk-memujuk
Buat reaksi terkejut ketika respon harga pertama kali. Tona suara memujuk pasti melemahkan ego peniaga. Malah, sedikit ejekan seperti ‘harga di sana lebih murah’ pasti membantu dalam mendapatkan harga lebih rendah.

5 - Jangan cepat mengaku kalah
Peniaga tempatan amat menggemari tawar-menawar. Permainan ini merupakan keseronokan berjual-beli. Pastikan komunikasi dan interaksi jual beli memihak kepada anda. Sedikit kesabaran pasti membuahkan hasil.

6 - Elak waktu peak season
Jika anda memang berniat membeli belah di sini, elakkan bertandang pada waktu puncak terutamanya musim cuti sekolah. Harga pada waktu ini lebih tinggi berbanding hari-hari biasa. Pasti sukar untuk anda tawar-menawar.

7 - Jangan terlalu teruja
Jangan tunjukkan yang anda terlalu teruja atau berminat dengan sesuatu barangan itu. Ini akan memberi peluang kepada peniaga untuk meletakkan harga yang tinggi kerana mereka tahu anda pasti akan membelinya walau setinggi mana pun harga yang ditawarkan. Tunjukkan yang anda ‘mampu hidup tanpa barangan itu.’

8 - Sentiasa tersenyum
Pamerkan raut wajah yang manis dan senyuman yang sentiasa terukir di bibir. Itu salah satu kunci untuk membuatkan peniaga berasa senang dengan anda. Apabila ini berlaku, mereka tidak akan terlalu berkira dengan anda untuk memberikan tawaran harga yang menarik.  

9 - Tiba awal di tempat membeli
Jika anda ingin membeli-belah di pasar malam sebagai contoh, sebaik-baiknya anda perlu tiba awal, iaitu ketika peniaga baru sahaja memulakan perniagaan. Ini kerana kebanyakan peniaga percaya bahawa pelanggan pertama akan membawa tuah kepada mereka. Anda pasti akan mendapat layanan istimewa daripada mereka!

10 - Pelajari bahasa tempatan
Bonus buat anda yang tahu berbahasa Thai! Ini dapat mencipta satu suasana mesra antara anda dan peniaga kerana mereka akan berasa bangga apabila mengetahui pelancong luar tahu berbahasa tempatan. Secara automatik  mereka akan berasa lebih mesra dengan anda dan tidak kisah untuk memberi harga yang rendah kepada anda.
ki rian? - berapa ringgit?
lop dai mai? - boleh kurang tak?
ra kha thao rai?- berapa harga?
dai - boleh
me dai - tak boleh



Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.