Header Ads

TRAVEL TIPS: MEMILIH BACKPACK YANG IDEAL



Umumnya, tiada backpack yang sempurna yang dapat memenuhi keperluan anda untuk semua aktiviti sekaligus. Jika anda serius dalam melakukan aktiviti seperti hiking dan juga outdoor, sudah tentu akhirnya anda akan membeli beberapa jenis backpack yang sesuai untuk tujuan dan mengikut tempoh masa tertentu.

Beg galas merupakan kelengkapan penting buat mereka yang gemarkan aktiviti outdoor. Bagaikan seorang teman, backpack perlu serasi dengan si pemakai. Backpack memainkan fungsi penting yang sedikit sebanyak membantu melancarkan pengembaraan.

Penggunaan backpack yang tidak bersesuaian boleh mendatangkan kesan buruk kepada tubuh seperti kecederaan, sakit bahu dan boleh memberi kesan negatif kepada tulang belakang.

Perkara Asas Yang Harus Dipertimbangkan Tatkala Memilih Backpack.

Seiring peredaran masa, teknologi backpack kini disesuaikan mengikut kemahuan dan keperluan si pengembara. Biar sehebat manapun teknologi yang ditampilkan, adalah penting buat pengguna untuk memilih beg yang bersesuaian mengikut jarak perjalanan, aktiviti dan kesesuaiannya terhadap pengguna.


  • Durasi perjalanan - jangka masa yang diambil untuk melengkapkan pengembaraan.
  • Ketahanan badan - berapa banyakkah bebanan yang mampu ditanggung.
  • Keperluan - penting memilih backpack mengikut keperluan.
  • Ciri-ciri tambahan - hipbelt, compartments, soft padding, sistem hidrasi, kalis air dan sebagainya.

Biar Berbaloi
Ketahanan ‘backpack’ amat penting kerana beg terdedah kepada cuaca dan bebanan. Pilihlah beg yang berkualiti dan tahan lama. Biarpun anda perlu berbelanja lebih namun pelaburan sebegini amat menguntungkan dan memudahkan perjalanan anda di masa hadapan.

Teknik Jimatkan Ruang Dalam Backpack
Terdapat pelbagai teknik boleh digunakan  untuk menjimatkan ruang. Untuk melipat pakaian, taktik yang paling senang diaplikasikan adalah dengan menggulung pakaian seperti gulungan kuih ketayap.

Rancang Penggunaan Backpack
Secara umum, backpack boleh dipilih mengikut tempoh bercuti. Senang cerita, semakin lama anda bercuti tentulah semakin banyak barangan yang perlu dibawa.

Masa perjalanan
Kapasiti pek
* (liter)
Berat pek kosong
* (lbs.)

Sehari atau semalaman
(1-2 malam)
20-50
1,5-4,5
Hujung minggu (2-3 malam)
50-60
2,5-5
Dua hingga ke lima malam
60-80
2,5-5 +
Melebihi lima malam
80 +
4 sampai 6 +



Ukuran Tulang Torso
Istilah ini seringkali digunakan untuk menentukan panjang dan kapasiti backpack. Kaedah ini juga membantu pengguna memilih saiz backpack dengan kapasiti maksimum yang sesuai mengikut ukuran tulang torso. 

Susunan Cara Yang Betul
Barangan yang disusun ke dalam backpack juga perlu diatur dengan betul agar bebanan yang ditampung lebih selesa digalas. Biasanya, barangan yang lebih besar dan berat (misalnya seluar jeans) diletakkan di bahagian yang paling bawah dan diikuti dengan barang yang lebih kecil dan ringan.

World of Sports adalah salah satu tempat yang ideal untuk mendapatkan backpack yang berkualiti buat mereka yang sukakan aktiviti backpacking.
Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.