Header Ads

TRAVEL TIPS: 10 KEBAIKAN PISANG BUAT PENGEMBARA



Pisang sememangnya menjadi buah yang sangat digemari kerana rasanya yang enak. Bukan sahaja enak, bahkan pisang merupakan satu sumber tenaga segera yang baik buat mereka menjalani aktiviti seharian yang aktif. Jom kita lihat 10 kebaikan pisang buat sang pengembara.

1

Kandungan gula semula jadi seperti sukrosa, fruktosa dan glukosa yan bergabung dengan serat memberikan tenaga segera dan berterusan. 

2

Kajian menunjukkan bahawa dua biji posang mampu membekalkan tenaga yang cukup untuk penggunaan tenaga selama 90 minit. 

3

Pisang mengandungi tryptophan, sejenis protein yang diproses menjadi serotonin dalam tubuh. Serotonin dapat meningkatkan mood, membuatkan kita berasa gembira dan relaks. Justeru itu, memakan pisang sewaktu percutian mungkin membuatkan anda gembira dua kali ganda!

4

Menghabiskan masa seharian di muzium pasti membuatkan otak anda menjana banyak informasi. Sebagai perangsang, makan sebiji pisang. Kajian menunjukkan kandungan pottasium dalam buah dapat membantu anda menjadi lebih peka.

5

Sembelit adalah perkara yang biasa terjadi semasa perjalanan. Kaya dengan kandungan serat, pengambilan pisang merupakan diet yang membantu memulihkan perjalanan usus dan mengatasi masalah tidak lawas.

6

Cuba minuman pisang bercampur susu dan madu. Pisang menenangkan perut, madu mengimbangkan tahap gula dalam darah manakala susu pula memperbetulkan semula sistem hidrasi anda.

7

Malaysia, Thailand dan India kaya dengan makanan yang mengandungi rempah ratus yang bakal menyebabkan anda pedih ulu hati? Pisang mempunyai kesan anti-asid semula jadi dalam badan. Jadi, jika anda mengalami pedih ulu hati, cuba makan pisang untuk mendapat kelegaan.

8

Tidak tahan dengan gigitan serangga ketika sedang beriadah di dalam kawasan hutan? Cuba gosok bahagian yang terkena gigitan dengan kulit pisang, ia pasti membantu mengurangkan bengkak dan kerengsaan.

9

Potassium  membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen ke otak dan mengawal imbangan air dalam tubuh. 

10

Stress menyebabkan kadar metabolisma kita meningkat, sekali gus mengurangkan kadar potassium. Mengambil sebiji pisang dapat mengimbangi semula kandungan potassium dalam badan.




Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.