Header Ads

PENANGAN RESTORAN LINECLEAR KAMPUNG JAWA


Setiap kali bertandang ke bandar Melaka, agak susah sebenarnya untuk mencari tempat untuk menikmati hidangan bersama keluarga yang sedikit lari daripada fastfood dan restoran berkonsept indoor, tambahan pula di lokasi yang berhampiran Bandar Hilir. Jika ada pun, kita terpaksa ke lokasi-lokasi lain yang sedikit jauh.

Namun kini tidak lagi. penulis akan berkongsikan anda sebuah restoran yang wajib dicuba ketika di berada di Bandar Hilir, Melaka. Restoran Lineclear Kampung Jawa, itulah nama yang diberi. Terletak bersebelahan laluan river cruise dan bertentangan dengan D’Brug Homestay, restoran ini membawa pengujung untuk lari sebentar dari kesesakan Bandar Hilir Melaka yang sentiasa padat dengan kehadiran ribuan pelancong.

Umum tentu mengatakan bahawa perkataan 'lineclear' sinonim dengan restoran nasi kandar di negeri Pulau Pinang. Namun, jangan tidak tahu bahawa negeri Melaka turut mempunyai sebuah restoran lineclear terkenal yang di kalangan penduduk setempat.


Restoran ini berkonsepkan ‘open air’. Berlatarkan kanvas dan papan tanda besar berwarna merah, ia memberikan identiti yang tersendiri buat restoran. Namun, buat orang luar, rata-ratanya pasti tidak mengetahui lokasi ini dek kerana kedudukannya yang tersorok. Pun begitu, jangan terkejut bila melihat restoran ini sentiasa dipenuhi pelanggan sejak awal pagi sehingga jam lima petang kerana ia sudah terkenal di kalangan warga Melaka.

Hidangan wajib yang menjadi kemestian buat sesiapa sahaja yang bertandang ke sini semestinya hidangan sate. Restoran ini menyediakan variasi hidangan sate seperti sate perut, sate limpa, sate ayam, sate daging dan yang paling unik sate kerang! Sajian ini turut dihidangkan bersama nasi impit yang enak.


Rojak atau dalam bahasa utara lebih dikenali sebagai pasemboq pula menjadi hidangan sampingan yang harus dicuba. Bagi penulis, ini adalah pertama kali penulis menikmati hidangan rojak yang mempunyai Malah, kuah sate dan rojak yang dihidangkan berlainan sedikit dari segi kepekatan, warnanya dan rasa.

Apa yang istimewanya, saiz sate yang dihidangkan agak besar dan rasanya juga enak! Selain hidangan sate dan rojak, restoran ini turut menjadi tumpuan untuk hidangan mi rebus dan mi goreng. Justeru itu, tidak hairanlah jika restoran ini sentiasa dipenuhi dengan pelancong-pelancong tempatan.

Sambil menikmati hidangan anda boleh menikmati pemandangan di sepanjang laluan river cruise melaka dan bangunan-bangunan lama yang memaparkan lukisan-lukisan yang unik di setiap dinding bangunan dan melihat keletah pelancong yang menaiki bot di sepanjang laluan riverline.

Restoran Lineclear Kampung Jawa
Jalan Jawa, 75200, Melaka.


Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.