Header Ads

PAKEJ INAPAN TERBARU RHR HOSPITALITY 2015


RHR Hospitality adalah kumpulan hospitaliti Malaysia yang mempunyai koleksi hotel yang ekslusif dan pusat peranginan yang unik. Antara resort yang pasti menambat hati di bawah kelolaan RHR Hospitality ialah (1) The Kahaani, Ayer Keroh Melaka, (2) The Qamar Paka Terengganu, (3) Kondominium Peranginan TNB, Port Dickson (4) RHR Hotel @ Universiti Tenaga Nasional (Kampus UNITEN), Bangi (5) Scholar’s Inn @ UTM KL dan  (6) Residence® Desa Lagoon Resort.


Bukan hanya inapan resort di Malaysia, RHR Hospitality turut menguruskan tiga resort yang di mana lokasinya menjadi tumpuan para pelancong dari seluruh dunia. Resort-resort tersebut adalah (1) Balemong Resort, Ungaran (Indonesia), (2)The Grand Sunti Ubud, Bali (Indonesia) dan (3) Graha Ayu Hotel, Lombok (Indonesia).

Kesemua hotel yang diuruskan oleh RHR Hospitality menawarkan penginapan yang berkualiti untuk tetamu korporat dan pelancong serta juga menyediakan ruang untuk mesyuarat korporat, persidangan & seminar serta majlis perkahwinan, bankuet dan majlis sosial. Kini, portfolio RHR Hospitality merangkumi sembilan buah hotel, dua buah kafe, sebuah restoran, lounge lapangan terbang dan Ledang Spa (Ledang Herbal Treatment Centre & Spa).

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.