Header Ads

Lambaian Bulan Madu Bliss Boutique Hotel


BLISS BOUTIQUE HOTEL sentiasa mencuri tumpuan orang ramai yang lalu lalang ke pusat bandar dek kerana penataan eksteriornya yang unik dan berwarna-warni. Penulis disambut mesra oleh kakitangan Bliss Hotel sejurus tiba di lobi yang kecil. Segelas air ‘welcome drinks’ diberikan kepada penulis tatkala menunggu proses check-in. Daftar masuk tidak akan mengambil masa yang lama.


Bau haruman misteri menerjah masuk ke rongga hidung tatkala melabuhkan punggung di sebuah sofa yang empuk. Sekaligus menghadirkan rasa tenang dan santai. Pastinya aroma sebegini membuatkan sesiapa sahaja berasa selesa. Dan penulis yakin, sesiapa sahaja yang pernah menginap di sini pasti menyedari tentang hal yang penulis ceritakan.

Ruangan lobi turut menempatkan sebuah sofa yang sarat dengan pelbagai variasi majalah. Pasti masa menunggu dapat diisi lebih santai, tanpa perlu ada rasa bosan. Tambahan pula, pihak hotel turut menyediakan kemudahan kerusi urut dan IT corner secara percuma buat para tetamunya.


Sejurus check-in, kunci bilik harus digunakan pada pengimbas untuk mengakses pintu kaca. Masuk sahaja ke dalam lif, anda pasti teruja melihat kecanggihan lif yang menggunakan sistem ‘touch panel’ yang tampak mewah. Pasti sudah cukup untuk menggambarkan bahawa hotel kecil ini punya ciri-ciri keselamatannya yang tersendiri.


Dekorasi di lorong-lorong coridoor hotel di setiap sudut pasti mencuri mata yang memandang. Penulis percaya bahawa pemilik hotel bijak untuk memanfaatkan setiap ruangan yang ada dengan sebaiknya. Hotel ini turut mempunyai landskap taman mini yang menghiasi segenap sudut bangunan.



Inapan Ideal Buat Mereka Yang Ingin Berbulan Madu

Seperti kebanyakan boutique hotel yang lain, kekuatan inapan di sini tentunya pasti menjurus kepada rekaannya yang elegen dan bergaya, bukannya saiz bilik. Pun begitu, keluasan pada ruangan Bliss Boutique Suite yang mewah dan romantis pasti membuatkan sesiapa sahaja berasa teruja untuk menginap semalaman di situ.

Terdapat enam jenis kategori inapan iaitu Designer Single, Designer Queen/Twin, Designer Deluxe, Designer Family, Designer Boutique dan Bliss Boutique Suite dengan kadar harga bermula  dari serendah RM115 hingga RM396.


Jika anda mempunyai bajet yang lebih, pilihlah inapan yang lebih besar dengan tema yang memberikan keselesaan yang lebih ideal. Jika perlu, anda boleh meminta kakitangan Bliss Boutique Hotel untuk menunjukkan pilihan inapan yang sesuai dengan cita rasa anda terlebih dahulu.

Buat pasangan romantis atau mereka yang sedang mencari inapan untuk berbulan madu, penulis amat menyarankan supaya anda menetap ruang inapan suite. Pasti mood romantik dapat digapai dengan mudah dengan bantuan dekorasi indah yang diserikan bersama candle light. Penghuni ruangan ini layak turut mendapat faedah istimewa percuma seperti mesin air Nescafe Dolce Gusto terbaharu, pemain DVD dan Life Style Massager.



Penghawa dingin berfungsi dengan baik sekali. Begitu juga dengan akses WiFi. Paling menjadi keutamaan, katilnya yang empuk pastinya menjanjikan tidur yang lena buat para tetamu. Penulis secara peribadi memberikan ‘rating’  lima bintang untuk kemudahan bilik mandinya yang bersaiz sederhana. Bersih, lengkap bersama pancuran air yang kuat beserta hot shower, tiada apa yang boleh dirungutkan buat mereka yang memiliki tubuh badan Asia.

Setiap satu bilik mempunyai reka bentuk dan identitinya yang tersendiri. Bliss Boutique Hotel merupakan boutique hotel yang berjaya mencuri tumpuan para tetamunya melalui khidmat pelanggannya yang cemerlang. Pujian harus diberikan kepada pihak pengurusan yang mengambil inisiatif untuk tampil unik dan ekslusif.


Bliss Boutique Hotel mengenakan larangan merokok di dalam kawasan hotel dan ruang inapan demi menjamin keselesaan kesemua para tetamunya. Penalti sebanyak RM500 bakal dikenakan kepada mereka yang tidak mematuhi larangan tersebut.

Sarapan Pagi Lain Dari Yang Lain

Bangun dan bersarapan pagi sememangnya menenangkan. Boleh dikatakan, sarapan pagi yang disediakan oleh pihak hotel adalah yang terbaik bagi kategori boutique hotel. Meskipun terhad, variasi menu yang disediakan merangkumi masakan barat dan tempatan. Tidak dilupakan, sajian kuih-muih tradisional tempatan dan buah-buahan segar, pasti menjadi pembuka selera di pagi hari.

Paling menarik, penulis dapat bersarapan pagi di hotel bermenukan nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang. Sememangnya, ia merupakan pengalaman pertama kali penulis untuk menikmati sarapan pagi sebegini di hotel.


Akses Yang Mudah

BLISS BOUTIQUE HOTEL terletak di tengah-tengah pusat bandar, hanya antara dua ke tiga minit berjalan kaki diperlukan untuk Pelangi Mall. Dari sini, penulis dapat mengakses tempat-tempat menarik seperti Kacang Pool Haji yang terletak di Medan Selera Larkin dan Pasar Karat Johor Bahru.

Buat penggemar spa pula, pasti tidak menjadi sebarang masalah kerana hotel ini sememangnya berada di lokasi syurga spa. Istimewanya, potongan harga istimewa sebanyak diskaun 10 peratus untuk tetamu hotel memanjakan diri di Kaki-Kaki Reflexology dan Bangkok Spa.  Kaki-Kaki Reflexology terletak bersebelahan dengan hotel manakala Bangkok Spa boleh diakses dengan hanya lima minit berjalan kaki dari Bliss Boutique Hotel.

Apa yang pasti, penulis yakin bahawa sesiapa yang pernah bertandang ke hotel ini pasti akan kembali semula ke sini suatu hari nanti. Bliss Boutique Hotel wajar menjadi inapan yang harus menjadi persinggahan buat mereka yang ingin bertandang ke Johor Bahru.

Kemudahan Parking

Meskipun hotel ini terletak di kawasan yang sibuk, namun untuk mendapatkan parkir di sini tidaklah menjadi masalah kerana pihak hotel ada menyediakan parkir khas buat para tetamunya. Keselamatan kenderaan juga tentu terjamin dengan adanya pengawal keselamatan hotel yang memantau 24 jam di pintu masuk hotel.

Bliss Boutique Hotel
50 Jalan Jaya, Taman Maju Jaya
804000, Johor Bahru, Johor.
T: 07-332 7188/07-333 7188
Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.