Header Ads

10 DESTINASI EKO PELANCONGAN WAJIB KUNJUNG


Malaysia kaya dengan pelbagai tarikan alam semula jadi. Dari utara hingga ke selatan, Perlis hingga ke Sabah, banyak destinasi-destinasi eko-pelancongan, ditawarkan sarat dengan ribuan keriangan dan keseronokan. Untuk anda, E.L.F sajikan 10 destinasi hijau menarik yang harus anda jejaki di seluruh Malaysia.


1# Tasik Kenyir, Terengganu.


Tasik buatan terbesar di Asia Tenggara.Itu sudah cukup menggambarkan keunggulan destinasi ini.Dipercayai, destinasi eko ini menjadi rumah kepada lebih 8000 spesies bunga, 2500 spesies tumbuh-tumbuhan, 8000 spesies orkid, 370 spesies burung dan 300 spesies ikan air tawar.

Pengunjung yang datang ke Tasik Kenyir turut dapat menikmati banyak kemudahan meskipun dalam persekitaran hutan. Di sini, pengunjung boleh mencuba aktiviti seperti memancing, rumah berperahu, trekking, golf, berkayak, berkhemah dan meneroka gua. Melawat santuari kelah dan gajah juga merupakan tarikan utama yang ada di sini.




 


2# Lembah Danum, Sabah.


Untuk ke Lembah Danum, anda harus mengharungi tiga jam perjalanan darat menggunakan kenderaan pacuan empat road, sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Tawau, Sabah.

Lembah Danum menyediakan pelbagai aktiviti seperti merentas hutan, mendaki,meninjau hutan dari menara kanopi,bermain tubing air dan night walking. Ada hutan tentulah ada haiwan. Lembah Danum menyimpan khazanah hidupan liar yang mampu dilihat seperti orang utan, ungka, harimau,gajah, rusa, kucing hutan,serangga, enggang dan beberapa spesies burung yang menakjubkan. Jika anda ingin bertandang ke sini, E.L.F mencadangkan pembaca menginap di Borneo Rainforest Lodge, salah satu lokasi hebat dan selesa untuk memulakan pengembaraan anda di sana nanti.  

 



3# Gua Niah, Sarawak.


Gua Niah terletak di daerah Miri. Ia merupakan gua utama Taman Negara Niah, salah satu taman negara terkecil di Sarawak. Gua ini merupakan khazanah alam yang menjadi kediaman manusia zaman Paleolitik lagi sekitar tahun 500,000 hingga 10000 sebelum masihi.

Selain eko pelancongan, Gua Niah turut menjadi hub kepada penuaian sarang burung walit yang terkenal. Kegiatan ini telah dilakukan sejak 100 tahun dahulu dimana Taman Negara Niah merupakan pengeluar sarang burung Walit pertama negara bermula sejak tahun 1878.
Selain itu, jangan lupa untuk menyaksikan sendiri lukisan manusia purba di Gua Lukisan dan melawat rumah panjang orang Iban.

Sarang Burung Walit
Sarang burung Walit boleh dianggap sebagai lubuk emas di Gua Niah kerana ia dijual dengan harga sekitar RM2,500 sekilo!



 


4# Kuala Gula, Perak.


Kuala Gula cukup kaya dengan ekosistem hutan bakau, yang menjadi habitat pelbagai spesies burung.

Destinasi eko ini menjadi tumpuan untuk aktiviti memerhati burung. Antara spesies yang menjadi tumpuan lensa dan teropong adalah Milky Stork, Lesser Adjutant dan raja udang. Bulan Oktober hingga Mac merupakan musim puncak untuk melihat burung-burung yang bermigrasi ke Kuala Gula.

Selain itu, aktiviti penangkapan ikan, udang dan menternak kerang turut dilakukan di sini. Anda turut mampu menikmati mi udang yang terkenal di Kampung Dew. Kemudian, jangan lupa untuk menyelusuri Sungai di Kampung Dew untuk melihat kelip-kelip.

Jika bertandang ke sini, jangan lupa untuk melihat sendiri bagaimana cara pembuatan belacan, udang geragau dan makanan berasaskan laut oleh penduduk kampung.

 


5# Kinabalu Park, Sabah.


Taman Kinabalu terletak di Banjaran Crocker di Kundasang, pantai barat Sabah. Kawasan eko ini merupakan wadah tumpuan keajaiban alam semula jadi yang amat menakjubkan. 5,000 spesis tumbuhan vaskular, lebih 1,000 spesies orkid, 621 spesies paku-pakis, sembilan spesis Nepenthes, 29 spesies Rhododendron dan dua spesies Rafflesia boleh ditemui di sini.

Tarikan utama Kinabalu Park semestinya Gunung Kinabalu, salah satu gunung tertinggi di Asia Tenggara. Sekitar taman turut menampilkan pelbagai tarikan pelancong seperti Galeri Kinabalu Natural History, Poring Hot Springs, canopy walk, taman rama-rama, taman tropika dan Pusat Pemuliharaan Orkid Poring.

Pelbagai jenis penginapan ada disediakan di Kinabalu Park serta kawasan sekitarnya yang bermula dari asrama hingga ke chalet mewah.

 



6# Hutan Rekreasi Gunung Panti, Johor.


Hanya memandu selama dua jam dari Tambak Johor, anda akan menyelusuri bandar Kota Tinggi sebelum sampai di Hutan Rekreasi Gunung Panti.

Kebanyakan orang menganggap bahawa Gunung Panti sebagai tempat latihan terbaik sebelum meneruskan pengembaraan sukar di gunung-gunung yang lain seperti Kinabalu. Justeru itu, tidak hairanlah jika tempat ini menjadi tumpuan para pendaki.

Perjalanan ke puncak gunung mengambil masa dua hingga ke tiga jam, bergantung kepada keadaan dan keupayaan fizikal seseorang. Jika anda ke sini, jangan lupa untuk membawa backpack bersama bekalan makanan dan air yang mencukupi.

 



7# Parit Jawa, Johor.


Jika Kuala Gula agak jauh buat pembaca yang tinggal di selatan tanah air, anda boleh merasai pengalaman yang sama di Parit Jawa, sebuah destinasi eko-pelancongan yang kian membangun.

Parit Jawa menjadi tumpuan para peminat ‘bird watch’. Ia menjadi tempat persinggahan burung-burung pada mesim penghijrahan pada bulan Oktober sehingga Mac.

Lawatan ke Parit Jawa pasti tidak lengkap andai tidak bertandang ke Pantai Leka. Menariknya, anda dapat melihat spesies burung bitak atau ‘burung bald’ yang sering bertenggek di pesisir pantai.

Parit Jawa, Muar sangat terkenal dengan masakan asam pedas. Hidangan tempatan ini boleh menarik banyak pelancong datang ke sini hanya untuk makan-makan. Jika datang ke sini, penulis mencadangkan anda untuk singgah ke Restoran Straits View yang terletak di perkampungan nelayan berhampiran Pantai Leka.

 


8# Ladang Tebu Chuping, Perlis.


Sebagai sebuah pekan kecil di Perlis, Chuping ada keunikannya yang tersendiri. Ia merupakan tempat dimana letaknya ladang tebu terbesar di Malaysia yang meliputi kawasan seluas 22,000 hektar.

Menariknya, ladang tebu yang luas dengan kawasan geografi yang menarik memjadikan ia satu panorama yang indah dan menakjubkan yang mampu dinikmati sepanjang perjalanan sebelum tiba di Padang Besar.

 


9# Tasik Timah Tasoh, Perlis.


Tasik Timah Tasoh terletak di mukin Berseri, 17km ke utara bandar Kangar. Panorama indah yang terhasil dari projek empangan yang bermula pada tahun 1987 hingga tahun 1992 ini telah menelan kos pembinaan sebanyak 67 juta ringgit.

Tasik buatan ini kaya dengan pemandangan indah. Ia seringkali menjadi tumpuan para pemancing untuk melepaskan joran. Selain itu, tasik ini turut menjadi tumpuan mereka yang gemarkan aktiviti memerhati burung. Tasoh Lake Resort merupakan antara pilihan penginapan buat anda yang ingin berkunjung ke sini.

 


10# Taman Negara Endau-Rompin, Johor.


Buat mereka yang gemarkan aktivit lasak bertemankan suasana hijau hutan simpan, Taman Negara Endau-Rompin merupakan salah satu destinasi yang harus dikunjungi.

Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Taman Negara Endau-Rompin yang bakal membuatkan anda sibuk sepanjang hari. Antaranya ialah jungle trails, melawat perkampungan orang asli (suku Jakun), berakit, night safari (berjalan atau menaiki pacuan empat roda), dan menyelusuri sungai menggunakan bot.

Untuk ke sini, anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM10 untuk mendapatkan permit khas dari Perbadanan Taman Negara Johor. Taman Negara Endau Rompin menawarkan penginapan chalet, domitory dan juga tapak perkhemahan buat para pengunjung.



Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.