Header Ads

TRAVEL TIPS: JEANS & BACKPACKERS


Satu-satunya pakaian yang sering membuatkan E.L.F berfikir dua kali sebelum travel ialah seluar jeans. Jeans pada realitinya mengambil sebahagian besar ruang penyimpanan di dalam beg. Bergantung kepada saiz badan individu, semakin besar badannya makan semakin besarlah jeans akan mengambil ruang. 

Tidak hairanlah jika seluar jeans menjadi topik perbualan hangat dan perdebatan buat para backpackers di seluruh dunia. Pada asasnya, seluar jeans bukanlah pilihan hati pengembara - tidak mesra pengembara, sukar untuk dibasuh dan mengambil masa yang lama untuk kering.

Pun begitu ada yang tidak menyokong teori ini. Salah satu sebab yang menjadikan jeans satu pakaian travel yang baik ialah anda tidak perlu membasuhnya dalam jangka masa yang lama.

Selain sedikit kebal pada kekotoran, jeans juga merupakan pakaian yang versetail yang boleh dimanfaatkan secara maksima. Mereka yang termasuk dalam kategori minimalist misalnya -  yang hanya membawa tiga hingga empat pakaian untuk sekali pengembaraan seringkali memilih jeans. 

Tambahan pula, banyak pekhidmatan dobi disediakan di mana-mana destinasi pelancongan. Kebanyakan hotel juga turut menawarkan khidmat mesin basuh dan pengering buat para tamunya. Justeru itu, ia tidaklah menjadi masalah buat anda yang gemar memakai seluar jeans ketika mengembara.

Kini, pengembaraan dengan denim adalah lebih praktikal berbanding sebelum ini. Dengan kemajuan baru dalam teknologi di samping trend pakaian, kain yang digunakan dalam pembuatan seluar jeans telah menjadi lebih ringan dan lebih selesa berbanding sebelum ini.

Justeru itu, dapat E.L.F simpulkan bahawa untuk membawa atau meninggalkan seluar jeans adalah bergantung kepada ke mana anda hendak mengembara. Kadangkala, untuk sedikit gaya atau kelihatan macho mahupun feminin, anda harus korbankan sedikit keselesaan pada ruang backpacks anda. 

FAKTA JEANS & BACPACKERS

  • Ramai yang berpendapat bahawa denim merupakan satu-satunya pakaian yang selesa untuk dipakai. Fesyen + selesa + bergaya adalah kombinasi yang menjadikan jeans harus dibawa walaupun ketika mengembara.
  • Kebanyakan seluar jeans berwarna gelap berbanding travel pants. Seluar jeans merupakan suatu pakaian yang baik untuk menyembunyikan sebarang kesan kotoran yang melekat sepanjang perjalanan anda.
  • Seluar jeans mempunyai ruang poket yang baik yang ‘memegang’ dengan baik barang-barang berharga anda berbanding travel pants yang mempunyai ruang poket yang longgar (kecuali satu ruangan berzip). Justeru itu, seluar jeans pasti memudahkan anda untuk bergerak dengan mudah tanpa perlu risau barangan anda tercicir atau jatuh ke lantai.
  • Jeans cenderung untuk menjadi lebih berat berbanding travel pants yang sering kita bawa ketika mengembara. Terpulang kepada anda, setiap bebanan yang kita bawa akan memberi impak (terutamanya kepada backpackers tegar) kepada langkah yang akan kita ambil sewaktu perjalanan nanti.
  • Jika anda ke negara-negara beriklim panas seperti Timur Tengah, elakkan memakai denim kerana ia bakal membuatkan seluar anda bertukar menjadi sauna.
  • Faktor cuaca juga perlu dipertimbangkan. Memakai seluar jeans ketika terperangkap dalam hujan lebat tentunya bukan satu idea yang baik untuk menjalani perjalanan anda di luar. Bahkan, ia bakal menyusahkan anda jika seluar jeans yang lembap dimasukkan ke dalam backpacks. 
TRAVEL TIPS
Jika anda perlu membawa seluar jeans ketika mengembara, minimakan penggunaan ruang bagasi dengan membawa secara maksima dua pasang seluar jeans. Pastikan seluar jeans diletakkan di ruang paling bawah agar memudahkan anda untuk memasukkan barangan lain. Satu seluar jeans di ruang simpanan dan satu lagi bolehlah dipakai sewaktu perjalanan anda sewaktu meninggalkan rumah atau menaiki pesawat. 

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.