Header Ads

TRAVEL TIPS: 10 MAKANAN ‘ULTRALIGHT BACKPACKERS’


Makanan ‘ultralight’ terbaik ketika backpacking haruslah mempunyai ciri-ciri yang ringan, tidak mudah rosak, tinggi kalori dan mudah disediakan. Berikut adalah 10 makanan backpacking boleh anda dapati di mana-mana kedai dan pasaraya. Secara purata, makanan-makanan ini membekalkan lebih daripada 100 kalori setiap auns, lantas membuat mereka ideal  buat ultralight backpacking.


1. GORP (130 kalori setiap auns)
GORP (juga dikenali sebagai trail mix) adalah singkatan yang bermaksud ‘good ole raisons and peanuts’. Tetapi campuran makanan ini tidaklah hanya tertumpu kepada kismis dan kacang yang membosankan.

Kacang, buah-buahan kering, coklat, biskut, keropok dan bijirin boleh digabungkan serta dipek bersama sebagai sumber karbohidrat dan kalori yang baik. Satu cawan GORP (bergantung kepada bahan-bahan) mampu membekalkan sehingga 700 nilai kalori!

2. Roti, Donat dan Pastri (120 kalori setiap auns)
Sajian ini popular di kalangan  ultralight backpackers kerana ia boleh dimakan dalam di waktu siang tanpa perlu persediaan memasak. Makanan bergula ini pasti membekalkan tenaga berganda di awal pagi sebelum pengembaraan dimulakan.

3. Mentega Kacang (170 kalori setiap auns)
Mentega kacang adalah makanan ruji  klasik dan masih salah satu yang terbaik. Ia mempunyai kalori yang tinggi dan menyediakan campuran karbohidrat, protein dan lemak yang baik terutamanya jika dimakan bersama roti. Pilihlah bekas plastik untuk memudahkan ia dibawa ke mana-mana.

4. Bar Coklat  (140 kalori setiap auns)
Terdapat banyak ‘energy bar’ di pasaran. Namun, kebanyakkannya mempunyai rasa yang tidak tidaklah sesedap mana berbanding coklat-coklat komersial. Justeru itu, apa kata bawa snickers, mars atau apa jua bar coklat kegemaran anda nanti.

5. Oatmeal/ Bubur/ Sup Segera (110 kalori setiap auns)
Makanan ini bolehlah dikategorikan sebagai raja ‘ultralight’ kerana ia didatangkan dalam bentuk serbuk dan mudah disediakan. Terdapat banyak produk ini di pasaran dengan pelbagai pilihan rasa dan jenama yang berbeza.

6. Buah-Buahan Kering (84 kalori setiap auns)
Buah-buahan kering tidak memberikan banyak kalori seperti makanan ringan, tetapi mereka boleh menjadi sumber makanan berkualiti tinggi. Buah-buahan kering seperti kurma, kismis dan aprikot penuh dengan vitamin, mineral, gula semulajadi dan karbohidrat.

7. Mi Segera (368 kalori setiap paket)
Hidangan wajib yang murah, mudah dibawa dan disediakan, cuma perlu tambah air. Jika perjalanan mengambil masa yang lama, anda bolehlah membawa varisasi mi segera kegemaran anda seperti kari, tomyam dan asam laksa.

8. Biskut/Keropok/ Kerepek  (130 kalori setiap auns)
Snek amat tinggi nilai kalori yang memberikan anda tenaga segera disamping rasanya yang lazat. Meskipun ringin, pilihlah snek yang dibungkus padat dan kurang ruang udara bagi mengelakkan penggunaan ruang yang banyak.

9. Tuna/Sardin/Mackeral (100 kalori setiap auns)
Sardin dalam tin amat popular di kalangan backpackers kerana ia tahan lama dan cepat dimasak. Boleh dihidangkan bersama nasi, dijadikan sandwich, dibalut dengan tortilla mahupun sebagai inti roti gulung yang menyelerakan.

10. Kopi/Teh/ Coklat Panas/ Sport Drinks
Sepanjang perjalanan, kita perlu minum banyak air. Namun, sekadar minum air kosong pasti tidak memuaskan hati. Minuman sukan seperti Gatorade pula menyediakan elektrolit yang amat diperlukan oleh tubuh. Sarapan pagi dan makan malam, minuman panas seperti hot chocolate, kopi dan teh memberikan kesegaran pada tubuh yang lesu.

Tip Penyediaan Makanan ‘Ultralight  Backpackers’

Sarapan Pagi – Sarapan pagi pasti mudah jika anda membawa bekalan bubur segera ataupun sup cendawan segera yang cepat dimasak. Sambil itu, sarapan bolehlah disediakan bersama air teh atau kopi.

Makan Tengah Hari  - Pek makanan berkarbohidrat tinggi. Nasi, sardin dalam tin, ikan bilis, ikan kering berserta sayuran-sayuran. Seeloknya, makan tengah hari lebih awal agar makanan yang diambil dapat dibakar sepenuhnya.

Makan malam - Pilih menu yang enak dan mengenyangkan. Mee segera dan roti pita adalah yang paling senang disediakan. Jangan pek apa-apa yang mengambil masa lebih daripada 10 minit untuk memasak bagi menjimatkan bahan api.

Snek - Pek makanan ringan yang kaya dengan gula dan kandungan lemak. Kekacang, buah-buahan kering dan coklat bakal memberikan anda tenaga sepanjang hari.

Elakkan makanan yang mudah rosak dan berair seperti buah. Jika perlu, minimakan kuantitinya. Selain itu, anda boleh mengeluarkan makanan dari bungkusan asal dan bungkus semula jika pembungkusan asal membuat beg anda lebih berat.

Tip Tambahan

  • Makanan adalah salah satu satu perkara penting  yang wajar dititikberatkan sebelum memulakan perjalanan backpacking. Ramai backpackers amatur membuat kesilapan dengan membawa muatan makanan yang berlebihan dan tidak sepatutnya.
  • Sewaktu perjalanan backpacking, tentu banyak tenaga akan digunakan. Justeru itu, penting untuk memilih makanan yang mengandungi karbohidrat dan berkalori tinggi dalam bentuk yang paling ‘ringan’.
  • Pek-pek makanan yang berat atau dibungkus secara berlebihan seperti makanan dalam tin atau sayur-sayuran segar bakal memberikan satu pengalaman yang tidak menyenangkan sepanjang pengembaraan. Justeru itu, penting bagi seseorang backpackers mengeksploitasi keperluan makanan bersama jumlah tenaga yang diperlukan sepenuhnya.
  • Backpackers yang berpengalaman sentiasa memilih makanan yang mengandungi lebih daripada jumlah 100 kalori pada setiap auns (atau 28 gram). Pilihan pemakanan peribadi akan bergantung kepada kesukaran perjalanan, masakan kegemaran dan bekalan bahan makanan anda.



Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.