Header Ads

MENJENGAH KE FERRARI WORLD ABU DHABI

Taman tema Ferrari World kini menjadi sebuah destinasi yang mesti dikunjungi buat pengunjung yang bertandang ke Yas Island, di Emiriah Arab Bersatu. Dibuka kepada orang ramai pada 4 November 2010, taman tema ini telah menerima kehadiran jutaan pengunjung.

Image Source: https://www.ferrariworldabudhabi.com)

Idea cetusan taman tema adalah didedikasikan Ferrari buat para peminatnya. Ia bagi meraikan era kegemilangan mereka dalam bentuk hiburan keluarga. Buat masa ini, ia adalah satu-satunya taman tema indoor terbesar dunia!

Tarikan utama pelancong sudah tentunya pada permainan adrenalin tinggi. Keseronokan menaiki Formula Rossa, roller coaster terpantas di dunia mempunyai daya G sama seperti memandu kereta F1 dan membrek pada kelajuan maksima. 
Kanak-kanak pula pasti teruja mengembara bersama kereta Ferrari bersaiz mini. Selain permainan mencabar, pengunjung turut dibawa menyelami sejarah dan kejayaan belakang tabir dunia automotif Ferrari. 

Pada sesi kunjungan, pelawat turut berpeluang merasai pengalaman membeli-belah Ferrari Past & Present dan Ferrari Store. Pengunjung turut dapat menikmati sajian lazat makanan Italy. Antara restoran terkenal di sini - Mamma Rossella, Ristorante Cavallino, Rosticceria Modena dan banyak lagi.
Selain Ferrari World, tarikan utama  yang ada di Yas Island ialah Yas Marina Circuit (The Formula 1 Abu Dhabi Grand Prix), Yas Links Golf Course dan juga Yas Marina & Yas Gateway Park.

Fakta Menarik Ferrari World Theme Park!
Jika Ferrari World didirikan secara tegak, ia akan menjadi yang struktur binaan manusia tertinggi di dunia melebihi 300 tingkat!
Ferrari World memerlukan 12,370 tan keluli untuk mewujudkan strukturnya manakala Menara Eiffel hanya memerlukan 7,000 tan sahaja.
Isipadu konkrit di Empangan Hoover dapat dimuatkan di dalam pembinaan keseluruhan Ferrari World.



Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.