Header Ads

AMCORP MALL SYURGA ‘TOYS’ SABAN MINGGU


Buat penggemar figura-figura aksi, pasti nama Amcorp Mall yang terletak di Petaling Jaya pasti tidak pernah terlepas untuk menjadi sebutan orang ramai terutamanya di laman sosial Facebook dan blog. 


Juga dikenali dengan nama Pasar Karat Amcorp Mall, pasar yang mengumpulkan puluhan peniaga ini diadakan pada saban hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad. Pun begitu, hari Ahad adalah hari yang terbaik untuk mengunjungi pasar karat yang telah wujud sejak tahun 1998 di dalam pusat beli-belah ini (Sabtu buat pengumpul tegar yang datang awal untuk mendapatkan koleksi 'rare').

Jika anda datang dari KL Sentral, gunakan kidmat LRT menghala ke laluan Kelana Jaya dan turun di Stesen Taman Jaya. Tambang tren adalah sebanyak RM1.60 sehala.

Pastinya, pasar karat ini merupakan pusat ‘big boy’s toys’ kegemaran buat para pengumpul koleksi Gundam, Lego, Transformer, Kamen Rider dan bermacam-macam lagi. 

Sesetengah koleksi yang dijual pula adalah koleksi figura lama yang sukar didapati di mana-mana yang dijual dengan harga yang murah. Justeru itu, tidak hairanlah ia sentiasa dipenuhi dengan para pengunjung sebaik sahaja dibuka.

Waktu terbaik untuk bertandang ke Pasar Karat Amcorp Mall adalah sekitar jam 11 pagi hingga dua petang pada hari Ahad. 

Selain figura, Flea Market Amcorp Mall juga terkenal dengan barang-barang antik yang mengimbau kenangan. Pengumpul koleksi wang kertas dan syiling lama dari seluruh negara juga pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk memburu koleksi-koleksi berharga ini.

Jangan pula terkejut jika anda menjumpai piring hitam lama artis-artis zaman dulu, koleksi jam, pinggan mangkuk, kamera serta hiasan-hiasan antik yang mempunyai nilai sentimental tinggi turut dijual di  pasar karat empat tingkat ini.  




Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.