Header Ads

5 LOKASI HOT ‘BURGER BAKAR’ MESTI KUNJUNG!

Roti bulat diapit lapisan daging ini sudah sekian lama menjadi buruan para penggemar terutamanya tatkala menjelang malam.

Kehadiran burger bakar sekitar awal tahun 2012 merupakan  satu fenomena yang mula muncul bermula di sekitar Lembah Klang. Sana sini memperkatakan tentang kehebatan burger bakar sehingga membuatkan ramai yang kecur liur.

Apa yang menjadikan sajian ini begitu istimewa ialah ketebalan tekstur daging yang diadun dengan resipi rahsia. Dibuat secara home-made, ia pastinya segar sebelum dimasak di atas dapur pemanggang. Biasanya, daging segar sama ada ayam mahupun daging dipanggil sebagai ‘patty’.
            
Kelazatan patty selalunya digandakan dengan beberapa aksesori seperti lapisan kepingan keju, mozzarella, bacon, salami, telur, kentang goreng, udang atau sosej. Set burger bakar biasanya didatangkan dalam pelbagai variasi mengikut kepakaran, keunikan dan cita rasa tiap-tiap pengusaha burger bakar.



Burger Bakar Kaw Kaw
Lokasi: (1) Seksyen 2 & 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. (2)  Lokas Makana Food, Taman Puchong Utama.

Tidak sah menjadi warga metropolitan andai tidak pernah merasai kehebatan Burger Bakar Kaw Kaw. Perniagaan ini diasaskan oleh dua orang anak muda iaitu Mohd Faizul Baharuddin dan Nini Haznita Muhammad bermula sejak April 2011. Menariknya, ‘lava stone’ atau ‘lava rock’ sebagai salah satu teknik memasak burger yang terbukti sebagai satu amalan sihat memanggang makanan.




Burger Bakar Abang Burn
Lokasi: (1) Dagang Aveneu Food Court, Taman Dagang, Ampang. (2) MMA Santai Corner, Nilai. (3) Ramal Junction Food Court, Sungai Ramal, Kajang.

Menggunakan tagline ‘Burger Bakar Paling Lazat Dan Terpantas Di Malaysia!’, Burger Bakar Abang Burn beroperasi bermula jam 5 petang sehinga 12.30 malam setiap hari. Antara menu yang harus dicuba andai bertandang ke sini ialah Set Burn Special dan Supremo Burger.




Hero Burger Bakar
Lokasi: Astaka Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Bagi orang utara, Hero Burger Bakar merupakan pilihan utama buat mereka yang ingin mencuba sendiri keenakan burger bakar tanpa perlu pergi jauh. Antara menu burger bakar yang mendapat sambutan hangat di sini ialah ‘Double Trouble’ dan Duo Boneless ‘Chicken Special’.



Rawang Burger Bakar
Lokasi: (1) Pusat Bandar Wangsa Maju, Sek 5. (2) Restoran Razz, Maju Rampai Bussiness Park Sri Rampai Setapak, (3) Sportsjam Futsall Extreme Park, Seksyen 13, Shah Alam. (4) Restoran Tat Nasi Ayam, Seksyen 23 Shah Alam. (5) Gerai Selera Bagus Kompleks Muhibbah Uptown, Kota Damansara.

Rawang Burger Bakar memperlihatkan keunikan tersendiri dengan penggunaan kayu arang untuk membakar dan penggunaan minyak zaitun dan garam bukit dalam masakan. Istimewanya, resipi Rawang Burger Bakar dihasilkan oleh gabungan chef bertaraf antarabangsa.



Yazid Burger
Lokasi: Lot 2, G-S4, Pusat Perniagaan Anjung 7, Seksyen 7, Shah Alam.


Yazid Burger semestinya sudah terkenal buat kalangan pelajar UiTM dan juga Unisel serta seluruh warga Shah Alam.  Apa yang pasti membuatkan anda teruja semestinya apabila mencuba burger gergasi seberat 1kg! Selain itu, terdapat empat pilihan roti burger home-made yang ditawarkan iaitu oregano, garlic, honey oat dan wholemeals.
Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.