Header Ads

Apa Yang Ada Di Farm In The City Seri Kembangan?



Tercari-cari tempat ideal untuk membawa anak-anak atau keluarga untuk bercuti? Apa kata anda bawa mereka untuk berkunjung ke Farm In The City. Syurga safari ini terletak di Terletak di belakang Pasaraya Besar Giant Seri Kembangan dan Petronas, penjalanan hanya mengambil masa kira-kira 20 minit dari Kuala Lumpur menggunakan Lebuhraya Damansara-Punchong (LDP).


Safari di tengah kota ini pastinya memberikan 1001 informasi yang menarik buat seisi keluarga. Bukan itu sahaja, bahkan Farm In The City seringkali menjadi tumpuan buat murid-murid sekolah untuk melihat, belajar dan memahami secara lebih dekat mengenai haiwan-haiwan yang jarang ditemui di tempat lain. Pastinya, ia menjadi suatu pembelajaran yang istimewa buat mereka apabila berada seharian di sini.


Farm In The City dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti Bird Aviary, Reptiles Cavern, Butterfly Garden, Mood’s Lake, Rabbit Farm and Pet Village dan Jungle Walk. Secara keseluruhan, taman safari ini terbahagi kepada 11 habitat kesemuanya. Untuk menikmati kesemua tarikan ini, harga tiket yang dikenakan oleh Farm In The City bagi pemegang MyKad dewasa berharga RM30 dan kanak-kanak berharga RM25 seorang.

Mr. Raja dengan aksi bersama seekor burung. 

Memberi makan kepada puluhan burung-burung kecil, menarik bukan.

Memang seronok dapat merasai pengalaman yang unik sebegini.

Melihat habitat burung secara lebih dekat.


Kesemua tarikan ini menampilkan keunikan yang tersendiri. Misalnya, Bird Aviary membolehkan anda untuk mendekati pelbagai spesies burung-burung yang jinak tanpa terpisah dengan sangkar. Pengujung juga berpeluang untuk memberi makan burung-burung ini, tentunya ia merupakan pengalaman yang tidak boleh dikecapi di tempat lain.

Suasana begini pasti menarik minat penggemar lensa.

Burung Kakak Tua.

Terdapat 33 spesies burung yang terdiri dari kategori burung darat, air dan udara yang diletakkan di satu sangkar gergasi di mana anda dibenarkan untuk mengakses ke dalamnya. Selain burung, Farm In The City juga menjadi rumah kepada menjadi rumah kepada lebih 100 jenis haiwan eksotik pelbagai spesies seperti ular, kura-kura, iguana, marmoset, Fennec Fox dan banyak lagi.

Binatang comel ini dikenali sebagai Marmoset.

Marmoset amat menggemari buah pisang.

"Cantik tak mata kita?"

Burung Merak.

Suasana di Mood’s Lake.

Ular Sawa


Farm In The City
Jalan Prima Tropika Barat 2, 
Taman Prima Tropika, 43300,
Seri Kembangan, Selangor.
T: 03-8941 2099

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.