Header Ads

SIMPLE & DELICIOUS CHICKEN CHOP IN KULIM


Andai tercari-cari di mana lokasi untuk menikmati Chicken Chop yang sedap di kawasan Kulim, Kedah, pastinya saya akan cadangkan kepada kawan-kawan untuk singgah di EON Western yang menyajikan seleksi menu hidangan barat yang enak buat para pengunjung. Ia merupakan salah pilihan makanan yang ada disajikan di Eon Food Court yang menjual variasi hidangan yang merangkumi masakan Melayu, Thai dan lain-lain. 


Lokasi EON Western terletak di Jalan Tunku Mansor, Kulim, Kedah (berhadapan kedai buku). Ia amat berhampiran dengan Pak Ein's Burger dan Kedai Borong Man dimana premis-premis ini terletak di kawasan Stesen Bas Lama Kulim. Selain Chicken Chop, terdapat beberapa menu makanan western yang lain seperti Chicken Wing, Sirlion BBQ, Fish & Chip, Golden Sandenan, Mushroom Soup dan Garlic Bread. Selamat mencuba! 

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.