Header Ads

ORGANIC FOOD ANYONE?


Teringin nak makan hidangan sayur dan buah-buahan fresh tapi tak tahu di mana? Apa kata anda cuba bertandang ke Zenxin Organic Park yang terletak di Batu Pahat, Johor. InsyaAllah, semua makanan yang disajikan di sini halal. Terdapat pelbagai pilihan menu yang disajikan di sini dan boleh dikatakan semuanya sedap-sedap belaka.

Selain makanan yang enak, E.L.F turut mencuba minuman jus buah naga yang pekat dan melekat. Memang fresh dan kaya dengan pelbagai jenis vitamin yang baik untuk tubuh badan. Selain warga tempatan, tempat ini sering menjadi tumpuan pelancong asing terutamnya dari Singapura, Taiwan, China dan Jepun yang ingin merasai keenakan masakan berunsur organik.

Apa yang anda lihat di sini hanyalah sebahagian daripada menu yang ada disajikan. 
Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.