Header Ads

MINILAND KAMPUNG TARIKAN TERBARU LEGOLAND



Miniland Kampung merupakan tarikan terbaru yang ada di Legoland. Ia memaparkan rekaan 13 buah rumah kampung tradisional unik yang ada di setiap negeri  di Malaysia. 

Pastinya, kewujudan Miniland Kampung menjadi parkara yang amat menarik dan wajib untuk dilihat ketika berhibur bersama keluarga di Legoland Malaysia.


Lebih 130,000 bongkahan LEGO digunakan bagi menyiapkan keseluruhan Miniland Kampung yang dibina sempena Tahun Melawat Malaysia untuk memaparkan kebudayaan dan warisan yang ada di Malaysia kepada pengunjung tempatan dan luar negara.


Cuba teka yang mana satu rumah kampung bagi negeri Kedah dan Pulau Pinang? 


Rumah kampung negeri Perak dan juga Kelantan memperlihatkan ciri-ciri unik dari sudut rekaan bumbung dan anjung.


Rekaan rumah kampung negeri Terengganu, Pahang, Melaka dan Johor


Rumah tradisional di negeri di utara Tanah Air, Perlis.


Teruja apabila melihat binaan LEGO yang merupakan Perkampungan Budaya Sarawak di kaki kaki Gunung Santubong. Dikatakan, rumah panjang ini mampu menempatkan hingga kira-kira 100 buah keluarga di bawah satu bumbung!


Rumah Kampung Negeri Sembilan dengan rekaan bumbung Minangkabau.


Rumah Selangor.


Rumah Tradisional Dusun Sabah.


Siapa sangka bongkah LEGO mampu menghasilkan rekaan rumah kampung yang cantik.


Puas meneroka Legoland, E.L.F sempat untuk menikmati hidangan nasi ayam, satu menu yang wajib dicuba jika ingin menjamu selera di salah satu restoran yang ada di sini.
Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.