Header Ads

MEET WALLY THE GIANT FISH


Sewaktu melakukan aktiviti 'Helmet Diving' di Great Barrier Reef, Cairns, Australia, saya berpeluang untuk bertemu dengan duta 'Marine Seaworld dan Reef Magic Cruise' iaitu seekor ikan Napoleon Wrasse gergasi yang diberi nama Wally. Foto ini diambil oleh jurulatih skuba yang mengendalikan sesi diving. 

Wally si ikan berwarna biru sememangnya jinak dan mudah untuk menghampiri para tetamu yang melakukan selaman di persekitaran Marine World.  Walaupun pada mulanya terasa agak seram apabila Wally mendekati kami yang baru sahaja menjejakkan kaki ke dalam platform air, namun perasaan gerun itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi suatu pengalaman yang mengujakan.


Dikelilingi dengan hidupan akuatik dengan persekitaran terumbu karang yang menakjubkan, ia pastinya  merupakan suatu momen yang amat unik yang tidak dapat saya lupakan. Apatah lagi masa yang diperuntukkan di dalam air kira-kira 30 minit, suatu jangka masa yang boleh dikatakan puas bagi mereka yang gemar mendekatkan diri dengan suasana eksplorasi marin. 

Buat mereka yang berkesempatan untuk mengunjungi negara Kanggaro ini suatu hari nanti terutamanya di sekitar Cairns dan Great Barrier Reef, jangan lepaskan peluang untuk mencuba aktiviti yang menarik ini di sana.

Selepas melakukan aktiviti helmet diving, saya sempat melakukan snorkeling.

 Koleksi gambar di dalam syurga 'under water world'.

Mereka yang selesai menjalani aktiviti skuba akan mendapat sijil daripada pihak Reef Magic Cruise.

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.