Header Ads

JUALAN MEGA AIRASIAGO & EXPEDIA!



JUALAN MEGA AIRASIAGO & EXPEDIA BERI GANJARAN KEPADA PELANGGAN
DENGAN PAKEJ PENERBANGAN, HOTEL & PERCUTIAN
Diskaun rendah kepada pelanggan yang gemar melancong di semua destinasi AirAsia & AirAsiaX

KUALA LUMPUR, 2 OKTOBER 2014 - AirAsiaGo.com sebagai  portal pelancongan pusat talian sehenti Asia, bekerjasama dengan  Expedia.com.my, laman web pelancongan talian dunia, memberi ganjaran kepada pelanggan-pelanggannya dengan mengumumkan penurunan harga yang banyak dalam penerbangan, hotel dan pakej percutian kepada semua destinasi-destinasi AirAsia and AirAsiaX.

Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsiaExpedia ini, Kathleen Tan membuat pengumuman dengan berkata, "Suka cita memaklumkan bahawa kami akan memberi ganjaran  kepada pelanggan-pelanggan yang sentiasa setia dan menyokong bagi kedua-dua jenama ini. Kedua-dua jenama ini, AirAsiaGo.com dan Expedia.com.my, mempunyai kekuatan tersendiri bagi memenuhi keperluan yang  berbeza bagi setiap pelanggan kami.  Justeru, kami mengadakan jualan mega sebagai penghargaan kepada pelanggan-pelanggan yang telah menyokong kami sekian lama. "

Bermula dari 7 Oktober hingga 15 Oktober 2014, dua portal talian pelancongan terkenal ini  akan menawarkan pakej penginapan hotel 3 Hari 2 Malam dengan tiket penerbangan balik  (termasuk cukai), serendah RM169 setiap seorang.


Bagi mereka yang gemar melancong dan ingin bercuti bermula sekarang hingga 30 Jun 2015, segera rebut peluang ini! Inilah masa untuk anda melancong  pada harga yang rendah di bandar-bandar Seoul, Tokyo, Bangkok, Hong Kong, Beijing, Krabi, Langkawi, Manila, Bandar Raya Ho Chi Minh,  Cebu  dan destinasi-destinasi lain.

Pelanggan juga boleh mendapat tambahan penjimatan sehingga 50% semasa  menginap di  hotel  Asia Pasifik dan juga pelbagai lokasi yang menguja, antaranya New York, Las Vegas, San Francisco, Paris dan London.

"Kami ingin menjemput anda untuk merebut peluang keemasan ini dengan promosi jualan mega ini. Anda berhak menikmati percutian  ini! Anda boleh lakukan secara solo, bersama rakan-rakan atau bersama orang tersayang! Apa yang pasti, misi kami adalah memberi peluang kepada anda yang merupakan pelanggan setia kami untuk melancong ke tempat  yang tidak pernah anda sampai dan merasai pengalaman percutian yang tidak dapat dilupakan!”

Untuk keterangan lanjut lawatan laman sesawang www.airasiago.com atau www.expedia.com.my
Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.