Header Ads

BAWAL GORENG TERBAIK PADANG JAWA


Nurin's Rasa Padang Jawa sememangnya sudah terkenal di kalangan penggemar bawal goreng panas. Kombinasi ikan bawal panas-panas, telur masin, ulam-ulaman, perahan limau, kicap dan sambal bersama nasi putih sememangnya bakal menggoda tekak anda. Satu Set Bawal dijual dengan harga RM7.00, memang amat bepatutan!

Selain set bawal, anda juga boleh memesan set ayam goreng panas untuk mengubah selera. Nurin's Rasa juga turut menyajikan pelbagai masakan panas yang pasti menambat selera seperti Char Koey Teow, Laksa Penang, Rojak@Pasembor, Nasi Lemak Ayam Berempah, Sup Utara dan Tomyam. Restoran ini dibuka bermula jam 12 tengah hari hingga 12 malam.

Nurin's Rasa Padang Jawa
Alamat : Lot 642, Jalan Mat Raji, Padang Jawa, 
40200 , Shah Alam , Selangor.


Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.