Header Ads

BARRAMUNDI WRAPPED IN BANANA LEAF


"Barramundi Wrapped In Banana Leaf" adalah salah satu menu yang E.L.F paling gemari ketika berada di Palm Cove, Cairns. 

Untuk mereka yang belum mengetahui dimana letaknya Cairns, ia merupakan sebuah bandar terletak di kawasan utara tropika di Queensland, Australia yang diasaskan pada tahun 1876. 

Ikan Barramundi dikenali sebagai ikan siakap oleh orang Malaysia. Sajian ikan ini  biasa ditemui di restoran-restoran di Australia selain sajian ikan salmon. 

Ikan ini dimasak secara stim sebelum dihidangkan bersama 'lemon butter sauce' atau 'tomato butter sauce'. Selain stim, terdapat juga versi panggang dalam penyediaan hidangan ini.

Sajian ini biasanya dimakan begitu sahaja ataupun dimakan bersama sepinggan nasi putih. Kepada mereka yang teringin mungkin boleh mengolahnya menggunakan resipi sendiri. 
Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.