Header Ads

GODAAN 'SOS BANJIR' AZDA WESTERN

E.L.F hari ini ingin membawa anda untuk singgah sebentar di sebuah tempat makan sedap yang tersembunyi di Seksyen 24, Shah Alam.  Azda Western - Meskipun telah beroperasi hampir setengah dekat, masih ramai warga Shah Alam yang tidak mengetahui lokasi ini meskipun kewujudannya amat hampir dengan Uptown Shah Alam.

Apa yang menjadikan makanan western di Azda Western begitu istimewa? Ia adalah kerana makanan di sini dibuat dengan kasih sayang dan dijaga kualitinya. "Kami sajikan kepada pelanggan apa yang saya, suami dan anak-anak suka makan," kata Kak Huda yang juga merupakan bekas pelajar Teknologi Makanan UiTM Shah Alam kepada E.L.F dan rakan.

 "Pemilihan bahan-bahan juga adalah istimewa. Ayam untuk chicken chop kami potong sendiri, bahagian terbaik untuk steak dan juga lamb. Untuk bahagian dapur pula, suami saya sendiri iaitu Azhar Noordin yang menjadi tukang masak agar memastikan menu yang dihasilkan mengikut cita rasa Azda Western yang sebenar," tambah Huda.

Fish N Chip - RM9.00

Apa yang dikatakan memang benar. Ketiga-tiga hidangan yang sempat E.L.F, Botak Lenjan dan Paan nikmati memang terbaik. Saya mencuba Chicken Chop Gordon Bleu yang disajikan bersama Black Pepper Sauce. Botak memilih untuk mencuba Fish N Chip. Paan pula dengan hidangan 'trademark' Azda Western iaitu Mix Grill Optimus Prime, hidangan unik dengan kombinasi ayam, daging dan juga kambing.

E.l.F berpendapat bahawa tekstur ayam yang lembut diadunkan bersama sos rahsia black pepper yang istimewa memang terbaik. Botak yang kurang menggemari hidangan western buat pertama kali menghabiskan Fish N Chip dengan jayanya. Paan pula diam makan tanpa bersuara (tahu-tahu je pinggan dah licin). 

Kesimpulannya, ketiga-tiga pinggan kami habis licin pada malam kejadian. Ketiga-tiga kami jujur mengatakan bahawa apa yang disajikan oleh Azda Western memang cukup rasa dan amat menyelerakan.  Selain sos black pepper, kami turut merasai sos mushroom yang mempunyai elemen butter yang membuatkan rasanya cukup lemak dan ada umphhhh! 

Chicken Chop Gordon Bleu Black Pepper Sauce (*Mushroom Sauce) - RM9.80

Tuan kedai juga tidak lokek untuk menyediakan 'kuah banjir' yang pasti memberikan kepuasan kepada sesiapa sahaja yang menikmati hidangan yang mereka sediakan. Bukan itu sahaja, setiap meja pelanggan juga dibekalkan dengan sebotol mayonis dan sos untuk dinikmati bersama limpahan fries yang ada di dalam 'portion besar' yang disajikan di setiap pinggan. 

Menurut pemilik, inspirasi dan jerih penat  untuk menghasilkan resipi masakan western yang enak yang menjadi tulang belakang Azda Western bermula daripada Amir Abdul Rahman dan Fauzidah Mokhtar sekeluarga yang merupakan sepupunya. Azda Western kini mengubah hidup pemilik sekeluarga yang dahulunya merupakan golongan asnaf yang menerima bantuan dari Lembaga Zakat Selangor. 

Untuk permulaan sempena lima tahun pembukaannya juga, Azda Western turut mengambil khidmat tempahan katering bagi majlis kecil-kecilan seperti majlis hari jadi dan reunion (maksima 30 set makanan western). Buat mereka yang menggemari sos black pepper sauce dan mushroom sauce yang dihasilkan menggunakan resepi istimewa Azda Western tetapi ingin menikmatinya ketika berkelah atau family BBQ, sos ini juga turut dijual secara berasingan iaitu sebanyak RM18 per kg. 

Mix Grill Optimus Prime (Beef + Lamb + Chicken) - RM14.00

Selain hidangan yang saya paparkan dalam blog ini, Azda Western juga mempunyai seleksi pilihan menu hidangan dengan harga yang amat berpatutan seperti yang tertera di bawah:

Black Pepper Steak - RM11
Lamb Chop - RM10.00
Chicken Chop (Fried / Grill) - RM9.00 
Jumbo Sausage - RM4.50
 Burger (Beef/Chicken) - RM3.00
Bumble Cheese Burger - RM4.00
Oblong - RM4.50
Frankfurter - RM3.00
Roti Bakar Telur Cheese - RM3.50
Mushroom Soup + Garlic Bread = RM4.50
Menu terbaru akan datang: Ayam Goreng Azda Marveles

Ice Lemon, Fresh Orange & Teh Tarik - Priceless
Photo Credit: Botak Lenjan Destinasi 
Lighting Merangkap Tukang Rasa: Paan

Azda Western mula dibuka pada jam 5.30 petang hingga 12 malam. Untuk ke sini, tidak susah di mana dari bulatan Uptown Shah Alam menuju ke Pasaraya Ole-Ole, ambil simpang kiri yang pertama sebelum tiba di lampu isyarat. Kemudian kira-kira 100 meter, belok ke kanan dan anda akan nampak deretan Gerai MBSA, di situlah letaknya lokasi selera ini. Selamat mencuba!

AZDA WESTERN
Gerai MBSA 24B, Jalan Bayam Merah 24/2,Seksyen 24
40000 Shah Alam, Malaysia
T: 011-32087258


Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.