Header Ads

THE OLD GRAND LADY



Teruja Menatap Simbol Kemegahan 'The Eyes On Miri'


Mengikut sejarah, mercu tanda terkenal mempunyai ketinggian 30 meter dan menandakan bermulanya pemodenan bandar Miri. Sebelum penemuan The Grand Old Lady pada tahun 1910 oleh syarikat SHELL, Miri hanyalah sebuah perkampungan nelayan yang belum membangun.


Pemandangan indah dari atas Bukit Kanada atau juga dikenali dengan nama Bukit Telaga Minyak oleh penduduk tempatan. Tatkala langit cerah kita dapat melihat pemandangan bandar Miri secara keseluruhan. Tambah menarik, pemandangan laut yang membiru yang dihiasi puluhan kapal-kapal yang sedang belayar di permukaannya.


Bukan hanya sekadar tarikan 'The Old Grand Lady, terdapat sebuah muzium yang terletak berhampiran dengannya yang dikenali dengan nama Muzium Petroleum. Di sini, pengunjung dapat mempelajari bagaimana proses mengekstrak minyak mentah dari awal sehingga menjadi produk akhir. Banyak alat-alat penggalian minyak tradisional juga dipaparkan buat tatapan pengunjung.
Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.