Header Ads

PERADUAN MENAMAKAN MASKOT MONYET PROBOSCIS




Peraduan Menamakan Maskot Monyet Proboscis berlangsung dari 1 hingga 27 Oktober 2014 dan menawarkan Hadiah Utama iaitu Wang Tunai RM5,000 dan juga hadiah-hadiah saguhati yang menarik kepada 11 pemenang-pemenang yang mencadangkan nama yang terbaik untuk maskot.

Sila layari laman web http://www.vmy2014.com/ dari 1 Oktober 2014 dan seterusnya, klik link peraduan.

Pertandingan ini dianjurkan dalam dua pusingan:

Untuk pusingan pertama, penyertaan pertandingan bermula dari 1 Oktober 2014 hingga 12 tengah malam 13 Oktober 2014. Para hakim akan memilih 11 nama yang terbaik dari jumlah penyertaan, untuk kelayakan ke dalam pusingan kedua peraduan ini yang akan melibatkan undian orang ramai melalui Facebook.


Dalam pusingan kedua, 11 nama terpilih akan dipaparkan di laman web https://www.facebook.com/VisitMsiaYear2014 pada 15 Oktober 2014. 

11 peserta yang telah melayakkan diri ke pusingan kedua ini digalakkan untuk berkongsi pautan penyertaan mereka di Facebook mereka sendiri untuk menggalak lebih Like. Ini akan membentuk 50% daripada penghakiman itu, bersama-sama dengan 50% lagi yang akan ditentukan oleh panel hakim dalam penentuan Pemenang Hadiah Utama.

Monyet Proboscis adalah maskot rasmi Tahun Melawat Malaysia 2014 dan menjelang
kempen MyFest 2015 yang akan datang, ia sekali lagi ditetapkan maskot rasmi. Spesies
terancam ini merupakan harta ekologi yang amat bernilai dan berasal dari kawasan
tengah Borneo (Malaysia Timur). Photo Credit: http://www.picpicx.com/
Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.