Header Ads

PENANGAN KACANG POOL HAJI LARKIN


Inilah dia Kacang Pool Haji Larkin

Sewaktu pertama kali mendengar ungkapan 'Kacang Pool', memang tak dapat terbayang di fikiran macam mana 'rupa' makanan tersebut. Penulis bertuah kerana mempunyai ramai kenalan di Johor, maka al-kisahnya pada suatu hari, mereka pun membawa saya untuk mencubanya. Bukan menu biasa-biasa, ternyata kacang pool punya keistimewaannya. Rasa sekali, pasti ia bakal membuatkan sesiapa sahaja untuk terus jatuh cinta dengannya. 

Kacang Pool Enak Dinikmati Bersama ABC 

Rasa Kacang Pool sememangnya lain dari yang lain. Apatah lagi jika dinikmati bersama ABC sebagai side order. Memang sedap apabila dicicah bersama roti bakar bersama kuah daging Apatah lagi bila perahan limau disatukan dengan cili hijau dan bawang dan telur mata. Rasanya memang 'cengghini haaa'....kalau tak percaya cuba tanya abang rambo..hahaha..


Sememangnya kunjungan ke negeri di selatan Tanah Air ini tidak lengkap andai tidak merasai lagi Kacang Pool Haji. Justeru itu, andai berkesempatan untuk bertandang ke Johor Bahru, jangan lupa untuk singgah sebentar untuk merasai Kacang Pool yang sememangnya original dan asli.

Kacang Pool Haji Larkin,
Alamat:  No. 3, Medan Selera Larkin, Susur 5, Jalan Tun Abdul Razak, Johor Bahru (bersebelahan Balai Bomba Larkin)


Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.