Header Ads

MOMENT & MAGIS GLAMPING




GLAMOROUS CAMPING PERTAMA DI MALAYSIA

Camping sememangnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan sejak zaman persekolahan. Pun begitu, tidak ramai yang menggemari aktiviti ini. Berbeza dengan negara-negara di Eropah dan Asia, cara berkhemah disensasikan dengan eleman mewah. Seiring peredaran zaman, trend perkhemahan mewah 'Glamorous Camping' kini mula mendapat tempat di Asia Tenggara bagi mengambil alih gaya berkhemah tradisional yang sedikit 'leceh'. Maka, bermulalah Glamping yang pertama di Malaysia yang diadakan di Cengal Resort, Janda Baik.


Demi memperkenalkan Glamping kepada umum, Coleman telah mengambil inisiatif dengan mengeluarkan pelbagai kategori produk yang merangkumi alatan lengkap perkhemahan bagi menjalankan aktiviti ini. Alatan yang diperkenalkan seperti lanterns, tents, stoves, portable grills, sleeping bags, coolers, airbeds dan shelters sememangnya amat user friendly. Bayangkan andai masa untuk memasang khemah dapat dilakukan dalam jangka masa lima minit. Ini memudahkan lagi pengguna untuk terus menjalankan aktiviti yang mereka gemari.


Glamping yang diadakan di Janda Baik sebenarnya diadakan bagi memberi 'idea' dan 'gambaran sebenar' bagaimana aktiviti Glamping dijalankan. Tidak semestinya aktiviti ini perlu dijalankan dalam jangka masa sehari dua. Ia terpulang kepada pengguna sama ada buat riadah petang di tepi tasik, air terjun atau hutan atau dalam jangka masa yang lebih lama. 


Andai bercerita mengenai destinasi Glamping yang terkenal di serata dunia, pastinya lokasi-lokasi ini menjadi tumpuan. Antara yang terkenal ialah Whitepod di Switzerland di Paws Up, Montana dan Greystoke Mahale, Tanzania. Di Malaysia pula, semestinya Tanah Aina menjadi tumpuan ramai pelancong luar dan dalam. 













Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.