Header Ads

MENGIDAM ROJAK BUAH ISTIMEWA PHILEA RESORT


Kadangkala, kita teringin untuk kembali ke sesuatu tempat di atas suatu sebab yang  nampak kelakar atau tak pernah terlintas dek akal fikiran. Itulah yang bermain di minda saya apabila teringatkan keenakan rojak buah yang dihidangkan di Philea Resort & Spa yang terletak di Ayer Keroh, Melaka.

Melihat sahaja pada susun atur buah-buahan ini kembali, pasti ia bakal membuatkan sesiapa sahaja untuk meneguk air liur. Apatah lagi apabila buah-buahan segar yang kita pilih ada yang tolong kupaskan dan hidangkan bersama kuah rojak dan taburan kacang yang rangup. Memang pehhhhhh~

Buat mereka yang belum pernah sampai ke resort ini, Philea Resort & Spa merupakan penginapan lodge yang dibina menggunakan susun atur pokok pain yang diimport dari Rusia. Dikatakan, terdapat kira-kira 8,000 keping kayu landasan keretapi terpakai diolah untuk menjadi pagar dan pelapik tangga yang digunakan pada setiap inapan.

Buat pasangan bercinta atau mereka yang ingin membawa keluarga untuk berisitirehat pada hujung minggu di bandar Melaka, maka Philea sememangnya sebuah resort yang amat ideal. Apatah lagi jaraknya untuk ke bandar Melaka dan MiTC tidak begitu jauh, pasti senang untuk merangka aktiviti menarik yang dapat dilakukan dalam masa sehari.


Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.