Header Ads

LIEBSTER AWARD SIRI 2




Liebster Award kembali lagi..hehe. Kali ini dari kakak Marsha a.k.a 'Sporting Mummy' kita. arigato xiexie 
( sila rujuk http://marsha-marshashahirnnia.blogspot.com/2014/09/liebster-award.html ).
Tanpa membuang masa, syahir akan jawab soalan-soalan yang diajukan.

Apa nama blog korang? Nama tu ambil sempena apa?

Nama blog ini Travel.Lifestyle.Food @ T.L.F. dan diregisterkan di bawah nama syahirbasharuddin.blogspot.com. Nama blog diambil sempena tiga genre penulisan & minat utama syahir yang bakal menghiasi blog ini.  

Kenapa korang suka berblog?

Sebagai seorang yang mempunyai kerjaya dalam bidang penulisan, maka tidaklah menjadi masalah untuk menjadikan blog sesuatu aktiviti yang menghiburkan untuk diselitkan dalam masa seharian. Tambahan pula, blog kini tampil dengan rekaan yang lebih menarik dan saya pula jenis orang yang suka bereksperimentasi dengan 'basic coding dan html'.

Apa yang mesti korang ceritakan dalam blog korang?


Makan, mengembara dan perkara-perkara yang dekat dengan kehidupan. Selain itu, blog ini sengaja direka agar menjadi tempat untuk kawan-kawan mencari informasi menarik dan juga hiburan dalam bentuk penulisan.

Sejak bila korang mula berblog?

Sebenarnya saya masih baru dalam blog yang baru dibuat pada 7 September 2014. Mungkin minat untuk membuat blog hadir selepas tercari-cari suatu hobi baru yang berfaedah dan bermanfaat untuk semua.

Makanan kegemaran korang?

Asam pedas dan ayam goreng kepsi..hehe

Bila time korang berblog?

Malam-malam dan selepas waktu subuh.

Korang updated blog guna hp atau laptop? Kenapa?

Guna komputer kerana senang untuk edit gambar dan menaip entry baru serta mengedit widget-widget, button dan html yang ada.

Korang suka travel tak? Tempat mana yang paling best dalam kenangan korang?

Suka. Paling best mestilah Queenslands, Australia.

Korang suka hiking?

Suka. Tapi tak suka hiking tempat yang sama berulang kali.hehe

Apa yang ada dalam wallet, purse korang?

Ada sikit wang, itu sahaja baki.. (macam lirik lagu la pulak..hehe)

Adakah korang suka saya?? Oh catchy ayat..hihi

Tak suka...hahaha...lariiiii~~~~ :P
Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.