Header Ads

KENANGAN INDAH GREAT BARRIER REEF

Bertandang Dengan Harapan, Pulang Dengan Senyuman

Kenangan semasa di Great Barrier Reef bersama media antarabangsa (kepada mereka yang nak bawa story trip ni kenala baca Majalah LIBUR Julai 2014). Memang, ia bukan suatu peluang yang selalu datang. Untuk ke sini, penerbangan dari KLIA sebelum transit di Changi Airport, Singapura, Brisbane dan seterusnya Cairns menaiki Virgin Airlines (terima kasih kepada Tourism Australia kerana sudi sponsor). 


Inilah Magic Reef Cruise yang saya naiki. Lima minit yang pertama memang best. Tapi...lepas tu mula kena serangan mabuk laut akibat lautan yang bergelora. Dinasihatkan kepada mereka yang ingin melakukan aktiviti air cepat-cepat la ambil ubat untuk mabuk laut. 


Inilah suasana ketika berada di Marine World. Memang best sangat! Banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti snorkeling, basic diving dan tengok ikan gergasi bernama Wally. Kelengkapan yang ada di sini memang lengkap. Semuanya dah saya tulis dalam artikel di dalam majalah. Nak tahu lebih details kenala beli majalah ye dok..hehehe


Bukan itu sahaja. Saya turut berpeluang untuk meninjau Great Barrier Reef dari sudut atas dengan menaiki GBR Helicopters. Durasi penerbangan adalah sekitar 15 minit.  Pemandangan dari sudut atas memang cantik, speechless dibuatnya. 


Belanja sikit gambar Marine World dari sudut atas. Memang Great Barrier Reef jadi tumpuan para pelancong dari seluruh dunia. Andai ada kesempatan untuk merancang percutian jangan lepaskan peluang untuk bertandang ke sini suatu hari nanti.
Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.