Header Ads

'GRILL & BBQ' TIPS


Barbeku memerlukan kesabaran, kosentrasi serta teknik yang betul agar apa yang kita panggang masak dengan baik dan tidak hangus. Selain itu, dengan sedikit petua, kita boleh menjadikan apa sahaja yang diletakkan di atas pemanggang menjadi hidangan yang 'luar biasa' enaknya.

Berikut adalah beberapa petua untuk memanggang dengan baik.

-1-
 Jangan terus panggang daging yang sedang beku. Sebaiknya tunggu sehingga daging tersebut pada suhu yang normal. Ini bagi mengelakkan kejadian di mana daging hanya masak di luar tetapi tidak di dalam.

-2-
Perap daging bersama rempah adunan anda selama beberapa jam atau dibiarkan semalaman di dalam peti sejuk bagi membuatkan perapan menjadi sebati. Sewaktu memanggang, gunakan sisa perapan yang lebih untuk membasahkan tekstur daging supaya apa yang kita panggang tidak menjadi kering dan liat.

-3-
Jangan memanggang terlalu lama untuk makanan laut seperti sotong dan udang serta buah seperti labu dan tomato.

-4-
Penggunaan daun pisang sebagai pelapik akan menambahkan lagi aroma pada daging yang dipanggang. 

-5-
Biarkan 'dapur pemanggang' cukup panas sebelum memanggang. Anda mungkin tidak mahu mengalihkan alat pemanggang andai haba dari arang tidak mencukupi. 

-6-
Perahan limau dan serai membantu menghilangkan rasa hanyir pada ikan, manakala untuk daging dan ayam, lada hitam menjadi elemen utama yang sangat penting untuk diletakkan pada daging atau dijadikan sos. Juga, jangan lupakan serbuk cili dan perasa-perasa lain yang anda gemari.

-7-
Pastikan pemanggang grill 'digris' atau disapu minyak bagi mengelakkan daging melekat pada pemanggang. Seelokkannya, gunakan kain untuk menyapu minyak pada pemanggang. Elakkan menggunakan semburan pada pemanggang kerana ianya tidak sekata serta mengganggu arang yang sedang panas.

-8-
Rehatkan sebentar apa yang anda panggang di dalam sebuah bekas sebelum dihidangkan. Ia akan menjadikan kepanasan meresap sepenuhnya ke dalam daging. Bahkan, tiada siapa yang ingin melecur tangan dan lidah. Andai daging menjadi sejuk, anda boleh melakukan pemanasan semula.

-9-
Jangan memotong daging atau ketulan ayam hingga menjadi terlalu tebal. Ia akan melambatkan proses daging untuk masak sempurna dan menyebabkan bahagian di luar menjadi terlalu garing. Sebaliknya, potong dengan kadar yang agak nipis agar menyenangkan anda sewaktu memanggang nanti.

-10-
Basuh alat pemanggang anda dengan kadar yang segera selepas digunakan untuk mengelakkannya daripada grill menjadi berkarat dan kotor. Rendam dahulu dalam air sabun pastinya menyenangkan proses untuk anda membersihkannya dan membuang sisa yang melekat pada alat pemanggang. 
Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.