Header Ads

BURGER ARANG HITAM BLACKWOOD

Blackwood Black Charcoal Burger

Pernahkah anda mencuba burger yang berwarna hitam sebegini? Sekali pandang, nampak seperti agak 'ganas' rupanya namun tetap menyelerakan. Inilah hidangan yang menjadi 'signature' andai anda bertandang ke Blackwood Coffee & Chocolate di Kulim, Kedah.

Selain seleksi burger yang dihidangkan bersama kentang goreng dan minuman gas, restoran ini juga terkenal dengan variasi makanan barat, pencuci mulut, kopi dan juga minuman coklat yang dihidangkan dengan cara yang tersendiri. Dekorasi restoran juga pasti menjadikan anda lebih rileks dan santai ketika menikmati makan malam bersama keluarga dan juga teman.

Untuk mencubanya, anda harus ke restoran ini yang terletak bertentangan dengan Mc Donald's di Kulim Landmark. Selain bandar Kulim, restoran ini juga mempunyai beberapa cawangan lain seperti di Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kompleks BDI, Jitra dan Kompleks Arau, Perlis.

342-C, Tingkat Bawah, Jalan Seraya Indah 1/2,
09000, Kulim, Kedah.




Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.