Header Ads

AISKRIM SIMBOL CINTA KETIKA HONEYMOON?


Bagai Baskin & Robins, Tak Dapat Dipisahkan

Pernahkah kita terfikir bila mengembara berdua ketika honeymoon tentunya aiskrim akan menjadi pilihan kepada pasangan bercinta untuk dinikmati ketika mengembara. Bagaikan begitu sinonim dan dekat di hati mereka yang sedang dilamun cinta. Oleh itu, di sini saya ingin menyenaraikan beberapa sebab mengapa aiskrim menjadi elemen penting sewaktu kembara honeymoon.

  • Aiskrim bersifat manis, jadi menunjukkan mereka pasangan yang sweet.
  • Aiskrim melambangkan hubungan yang romantik
  • Aiskrim adalah makanan mudah didapati dan menjamin kepuasan pasangan. Anda pasti tidak mahu mengambil risiko dengan memberikan sesuatu yang pasangan anda tidak suka.
  • Pernah tak mendengar ungkapan 'life is like an ice cream, enjoy it before it melts'? Jadi, memberi aiskrim melambangkan bahawa pasangan anda menghargai setiap detik bersama anda.
  • Aiskrim seperti pelangi berwarna-warni, ia bagaikan tanda pasangan anda yang sedang ingin menarik perhatian anda dikala itu.
  • Aiskrim dapat melegakan tekanan, jadi ia adalah ubat yang berkesan terdapat pasangan yang tidak sehaluan dalam pendapat atau dalam pertengkaran.
  • Setiap orang mempunyai 'perisa' kegemarannya yang tersendiri dan tidak akan menukar perisa itu sesekali, maka ia sebagai minat yang mendalam terhadap pasangan anda dan sebagai tanda setia.




Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.