Header Ads

AIR SODA 'PALING LEGEND'

 The Old Skool Long Chan

Andai negeri Melaka sering dikaitkan dengan Coconut Shake Pantai Klebang sebagai satu minuman yang wajib, Long Chan tidak kurang hebatnya, terutamanya mereka yang bermastautin dia Melaka dan Negeri Sembilan. Bagi bekas pelajar UiTM Lendu seperti saya, minuman ini sangat dekat di hati, sama seperti Nasi Lemak Mak Jan mahupun Warung Nek Munah yang terkenal dengan nama Nasi Lemak Sungai Petai.

Sememangnya menggamit nostalgia, minuman ini dijual di dalam tong kayu. Satu tong kayu memuatkan kira-kira 60 botol air. Seperti juga jenama-jenama yang terkenal seperti F&N dan Mirinda, Long Chan juga didatangkan dengan pelbagai perisa seperti Sarsi, Ais Krim Soda, Oren, Halia, Anggur dan perisa buah-buahan. Pada zaman saya belajar dahulu, air soda ini dijual dengan harga sekitar 60 sen hingga seringgit untuk sebotol.

Ada yang menggelarkannya botol kicap dek kerana trademarknya yang dijual di dalam botol kaca persis seakan warna botol kicap. Untuk pengetahuan semua, air Long Chan telah wujud sejak dari tahun 1910an lagi. Bukan sahaja mengeluarkan minuman, Syarikat Long Chan juga terkenal dengan gelas yang menggunakan jenamanya. Harapan saya, semoga air Long Chan tidak tenggelam ditelan zaman kerana ia merupakan salah satu keunikan yang jarang ada di tempat lain.

Long Chan Sarsi, Salah Satu Perasa Yang Paling Digemari
Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.