Header Ads

7 Teknik Penulisan 'Food Review'



Sebenarnya, tidak susah untuk menulis 'Food Review'. Sesiapa sahaja boleh menghasilkan artikel atau entry yang baik. Apa yang anda perlukan adalah minat dan latihan penulisan  secara berterusan. Di sini, saya ingin berkongsi tujuh cara menulis 'food review' dengan mudah Teknik ini dihasilkan berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang penulis yang acap kali membuat artikel mengenai restoran dan makanan.

Teknik 1: The Five Senses

 Langkah pertama, seorang penulis hanya perlu menggunakan alat pancaindera  (lima deria) yang dikurniakan Tuhan untuk menghasilkan sebuah penulisan yang baik. Masukkan 'five sense element' ke dalam rangka cerita anda.

Telinga 
Bantu pembaca untuk berimaginasi dengan apa yang anda dengar. Misalnya
 suasana dalam restoran, deruan angin, alunan muzik, bunyi air atau chef sedang memasak.
Mata
Tumpuan pada dekorasi restoran, persembahan makanan dan keramahan si pelayan (kecantikan pun boleh juga..hehehe)
Hidung
Bau-bauan masakan mungkin dapat dihidu sebelum masuk restoran, bau wangi ayam berempah, bau bawang yang ditumis. Apa sahaja yang hidung anda 'rakamkan' ketika itu.
Mulut
Ceritakan perihal makanan yang dicuba mempunyai - adunan rempah, kicap secukup rasa, tekstur makanan apabila dikunyah - rangup, lembut, rapuh, pahit, masam, masin, manis dan sebagainya.
Sentuhan (Tekstur)
Gambarkan dan bermainlah dengan tekstur makanan melalui sentuhan; mee yang kenyal, roti yang lembut, ayam yang garing.



Teknik 2: Sharpshooter Minded

Menu yang sering dipesan, rempah yang digunakan, latar belakang tempat makan atau cerita turun temurun akan membawa penceritaan anda ke suatu dimensi yang baharu . Mungkin, tumpuan kepada perkara-perkara kecil bakal memberi lebih 'nilai' kepada artikel dan menjadikan cerita anda lain dari yang lain.


Teknik 3: Ice Blended

Bantu pembaca  dengan tajuk, bantuan gambar, lokasi, fakta menarik serta informasi  yang tepat dan ringkas. Jangan terlalu seronok bermain kata-kata sehingga terlupa isi penting dan fokus penceritaan anda. Jika anda ingin membuat kapsyen gambar, lebihkan yang tersirat dari yang tersurat.


Teknik 4: The Copy Cat

Selalu rujuk pada mereka yang sering menulis mengenai 'food review'. Buat permulaan, anda boleh 'meniru' sedikit sebanyak teknik (teknik yer bukan isi) penulisan yang mereka gunakan, Tetapi percayalah, lama-kelamaan anda akan berjaya menghasilkan penulisan mengikut gaya anda yang tersendiri.


Teknik 5: Narrow Arrow

Jangan saratkan terlalu banyak info dalam satu cerita. Tetapi, pilih satu fokus yang anda inginkan. Memang dalam satu restoran terdapat banyak menu, tetapi pilihlah satu atau dua makanan yang menarik perhatian anda untuk diketengahkan kepada pembaca.

Pemilihan kosa kata dan pembendaharaan kata yang luas juga . Elakkan mengulang perkataan yang sama dalam satu perenggan ayat. Andai tak dapat dielakkan, minimumkan penggunaannya. Paling mudah, ikut petua 5W1H.


Teknik 6: In The House

Sentiasa hadirkan diri anda dalam penulisan agar pembaca tahu bahawa penulisan anda punya originaliti dan trademark yang tersendiri. Juga, sentiasa peka terhadap medium (majalah, surat khabar harus lebih formal, blog - lebih santai dan bersahaja)  yang hendak disampaikan kerana penulisan agar bersesuaian dan menepati kehendak pembaca.


Teknik 7: Mr. Gentleman

Janganlah terlalu obses dalam mencari kekurangan (contohnya, makanan tak sedap, harga terlalu mahal, meja berhabuk), sebaliknya ceritakan kelebihan yang nampak di mata anda.  Tidak ada sesuatu di dunia ini yang sempurna. Gunalah peluang yang diberikan dalam penyampaian cerita anda yang  membantu dalam menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik. 
Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.