Header Ads

7 MAGGI GORENG MAMAK TERBAIK SHAH ALAM




"Mamak....Maggi goreng telur mata satuuuu!" 

Pasti ramai yang menggemari hidangan maggi goreng mamak. Hakikatnya, keenakan menikmati maggi goreng di restoran nasi kandar memang berbeza sekali dengan apa yang kita masak di rumah. Mungkin ada si isteri di rumah yang merajuk dek kerana suami yang lebih gemarkan maggi goreng mamak di luar.

Bukan sekadar hidangan yang biasa-biasa, pelanggan juga boleh memilih untuk 'customized' maggi kegemaran mereka seperti apa yang mereka dambakan sama ada dengan menambahkan , ayam goreng, pedas atau 'taknak sayur'. Maggi goreng mamak juga enak untuk dinikmati bersama telur mata@telur goyang..meleleh beb....


Berikut adalah tujuh restoran yang menyediakan hidangan   maggi goreng mamak terbaik mengikut pandangan penulis di kawasan sekitar Shah Alam. Bukan sekadar menjadi yang terbaik, setiap restoran ini punya cara yang berbeza dari segi persembahan hidangan yang disajikan kepada pelanggan. 

Restoran DE Maju Seksyen 11
Restoran Subur Seksyen 15
Restoran Khulafa Seksyen 3
Restoran Pelita Seksyen 9
Restoran Syed Seksyen 3
Restoran Hameed's Seksyen 13 (Tesco Ekstra)
Ali Corner Seksyen 7


Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.